CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pihak Berkuasa Digesa Siasat Kejadian Luar Biasa 5 Penyu Mati Berturut-turut Dalam Seminggu

13-4-2023 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 309| Komen: 1

Lima ekor spesies penyu ditemukan mati di sekitar Pulau Perhentian di sini dalam tempoh seminggu sejak Rabu lalu.

Pengurus projek pemuliharaan penyu, Perhentian Turtle Project, Shafiqah Othman berkata, daripada jumlah itu, dua kematian adalah penyu jantan dewasa, dua penyu betina dewasa dan seekor anak penyu agar.



KEADAAN salah seekor penyu agar yang ditemukan mati di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. 

Menurutnya, kematian pertama membabitkan seekor penyu agar jantan dewasa yang dilaporkan kepada pihaknya pada Rabu lalu.

Beliau berkata, sebaik menerima laporan tersebut, mereka terus ke lokasi kejadian di Pasir Acing dan melakukan sedikit pemeriksaan fizikal untuk mengenal pasti kecederaan yang ada pada bangkai tersebut sebelum menanamnya di kawasan itu.

“Kes kedua pula berlaku pada Sabtu membabitkan seekor lagi penyu agar betina dijumpai dalam keadaan cangkerang yang sudah pecah, namun ia masih hidup ketika itu.


“Kami bawa penyu itu ke Pusat Taman Laut, namun hasil pemeriksaan mendapati kecederaannya terlalu parah dan berkemungkinan tidak dapat diselamatkan lagi kerana rawatan yang boleh dilakukan hanya terdapat di Pusat Pemuliharaan dan Informasi Penyu di Dungun. 

“Keesokan harinya, ketika kami ingin menanam bangkai kedua itu, kami dikejutkan lagi dengan satu lagi laporan mengenai penemuan bangkai penyu yang ketiga pula dan situasi ini sangat luar biasa kerana berlaku berturut-turut dalam tempoh yang singkat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, kematian keempat pula melibatkan penemuan bangkai seekor penyu agar juvenil di Teluk Pauh pada Selasa.

“Pagi semalam, kami dikejutkan lagi dengan penemuan satu lagi bangkai penyu agar dewasa betina di tengah laut.

“Perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini kerana jumlah kematian yang berlaku banyak sehingga lima ekor dalam tempoh seminggu.

“Sehubungan itu, kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian luar biasa ini agar ia tidak lagi berulang dalam masa terdekat,” katanya.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.026762 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top