“Bawa Mr. O pulang," perkongsian satu-satunya anak Malaysia penjulang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh yang kini sudah tiba di kampung halamannya di Ipoh, Perak. Detik gembira tersebut dikongsikan Yeoh menerusi hantaran Instagram yang menunjukkan ibu tercinta, Datin Janet Yeoh sedang memegang trofi Oscar bersalut emas 24 karat dimenanginya.
Nyata aktres yang mencipta nama di Hollywood itu mengotakan janji ketika berucap selepas diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 pada 13 Mac lalu. Menerusi perkongsian sama, Yeoh turut menzahirkan penghargaan terhadap kedua-dua orang tuanya atas dorongan mereka sehingga beliau mampu berada di posisi sekarang. “Tanpa kasih sayang, kepercayaan serta sokongan ibu bapa saya, tidak mungkin saya ada di sini. Saya sayang anda berdua,” tulisnya dalam ruangan kapsyen. Menerusi gambar lain, bintang mega berusia 61 tahun itu turut dilihat membawa trofi berprestij berkenaan ke kubur mendiang bapanya, Datuk Yeoh Kian Teik.
|
sharlenetexas replied at 12-4-2023 07:32 PM
Simple je mak sheols pakai kaftan/baju kelawar.
Suchi replied at 12-4-2023 08:16 PM
Mak dia dah 84 masih sihat, ye la anak dia pun dah 60an pun masih anggun lagi.
Suka tgk rentua yg ma ...
sharlenetexas replied at 12-4-2023 11:32 AM
Simple je mak sheols pakai kaftan/baju kelawar.
makita replied at 12-4-2023 11:45 AM
Tapi rambut siap di spray dandan tu
dua_chzy replied at 12-4-2023 10:06 PM
Nenek aiol masa sihat dulu pun suka spray/dandan rambut gitu. Takat pi pasar ja pon berkebaya. Kad ...
sharlenetexas replied at 12-4-2023 02:49 PM
Arwah nenek saudara iols masa hidup jual nasi berlauk. Pinggang kerengga. Masa jual bungkus nasi t ...
dua_chzy replied at 12-4-2023 10:54 PM
Iya. Zaman2 deols memang betul2 zaman ladies, zaman gentleman, zaman demure, real classy bila berp ...
tulip-rain replied at 13-4-2023 12:47 AM
Sampai sini dah. 18hb ni ade event kat kl.
Tahniah sekali lagi walau sampai skrg iols tak tengok pu ...
ADVERTISEMENT