CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2274|Reply: 21

Michelle Yeoh Balik Kampung, Bawa Trofi Oscar Ke Kubur Mendiang Bapa Di Ipoh

[Copy link]
Post time 12-4-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode
“Bawa Mr. O pulang," perkongsian satu-satunya anak Malaysia penjulang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh yang kini sudah tiba di kampung halamannya di Ipoh, Perak.


Detik gembira tersebut dikongsikan Yeoh menerusi hantaran Instagram yang menunjukkan ibu tercinta, Datin Janet Yeoh sedang memegang trofi Oscar bersalut emas 24 karat dimenanginya.


Nyata aktres yang mencipta nama di Hollywood itu mengotakan janji ketika berucap selepas diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 pada 13 Mac lalu.


Foto: IG




Menerusi perkongsian sama, Yeoh turut menzahirkan penghargaan terhadap kedua-dua orang tuanya atas dorongan mereka sehingga beliau mampu berada di posisi sekarang.


“Tanpa kasih sayang, kepercayaan serta sokongan ibu bapa saya, tidak mungkin saya ada di sini. Saya sayang anda berdua,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.


Menerusi gambar lain, bintang mega berusia 61 tahun itu turut dilihat membawa trofi berprestij berkenaan ke kubur mendiang bapanya, Datuk Yeoh Kian Teik.




  



Mendiang bapanya yang juga peguam dan ahli politik menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun akibat sakit tua pada 2014.


Sebelum ini, Yeoh dilaporkan bakal pulang ke tanah air untuk bertemu peminat bagi acara Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet di Pavilion Kuala Lumpur pada 18 April ini.


Selain diraikan, pelakon pertama dari Asia diangkat sebagai pemenang kategori utama dalam Anugerah Akademi itu berjanji ‘balik kampung’ untuk menyambut ulang tahun ke-84 ibunya.




  



Selepas berjumpa peminat pada pukul 4 petang, pada sebelah malamnya pula, Yeoh bakal menghadiri majlis makan malam istimewa bersempena sambutan hari jadi Janet.


Terdahulu, tanggal 13 Mac 2023 menjadi detik bersejarah buat bintang Hollywood itu sebaik memenangi Oscar yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).




  



Melalui penampilan dalam filem Everything Everywhere All At Once, beliau diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik mengenepikan empat pencabar terdekat termasuk Cate Blanchett.




  



Dalam ucapan sebaik merangkul trofi idaman ramai, beliau berjanji mahu membawa trofi tersebut ke rumah untuk ditunjukkan kepada ibunya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
selamat pulang ke kampung. tahniah tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Simple je mak sheols pakai kaftan/baju kelawar.


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 12-4-2023 07:32 PM
Simple je mak sheols pakai kaftan/baju kelawar.

Tapi rambut siap di spray dandan tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 08:03 PM | Show all posts
umur dah 61 pun masih bekerja keras... ada ummah meleis tu umur 40 dah sibuk tanya bila nak bersara... aaatgitewww
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia dah 84 masih sihat, ye la anak dia pun dah 60an pun masih anggun lagi.
Suka tgk rentua yg masih segak, badan tak boyak dan nampak sihat.
Selalu acik2 umur cam TSMY nih nk jln tak larat sakit lutut sbb berat berlebihan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak tokey bas Sri maju rupanya...kenderaan rasmi aku dr zaman boarding school sampai uni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan hati Bront Palarae

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 09:49 PM | Show all posts
Suchi replied at 12-4-2023 08:16 PM
Mak dia dah 84 masih sihat, ye la anak dia pun dah 60an pun masih anggun lagi.
Suka tgk rentua yg ma ...

Kan... tu yg dikatakan age with grace. Mereka ni jaga kesihatan dan jaga penampilan. I suka loket jade mak dia. Hijau berseri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 12-4-2023 11:32 AM
Simple je mak sheols pakai kaftan/baju kelawar.

Sihat walafiat iya. Jeles orang tua generasi deols terutama perempuan. Umur panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 12-4-2023 11:45 AM
Tapi rambut siap di spray dandan tu

Nenek aiol masa sihat dulu pun suka spray/dandan rambut gitu. Takat pi pasar ja pon berkebaya. Kadang2 sheols pakai baju kurung even pi gereja pun dia suka pakai kebaya/baju kurung kay.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 12-4-2023 10:51 PM
dua_chzy replied at 12-4-2023 10:06 PM
Nenek aiol masa sihat dulu pun suka spray/dandan rambut gitu. Takat pi pasar ja pon berkebaya. Kad ...


Arwah nenek saudara iols masa hidup jual nasi berlauk. Pinggang kerengga. Masa jual bungkus nasi tiap2 pagi sheols pakai kebaya ketat, segala koleksi kebaya zaman muda2 dulu. Tua2 pun masih muat. Iols teringat masa sekolah rendah dulu ada sorang lagi nenek yg suka bergaya bawa motor. Sheols pun ada kedai kopi.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 12-4-2023 02:49 PM
Arwah nenek saudara iols masa hidup jual nasi berlauk. Pinggang kerengga. Masa jual bungkus nasi t ...

Iya. Zaman2 deols memang betul2 zaman ladies, zaman gentleman, zaman demure, real classy bila berpakaian.

Sekarang, emh. Aiols sundri pun selekeh nak mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-4-2023 10:54 PM
Iya. Zaman2 deols memang betul2 zaman ladies, zaman gentleman, zaman demure, real classy bila berp ...

Iols dah kertu ni cuba2 nak bergaya pakai kebaya top. Tapi lifestyle sekarang kena lasak, jadi pair dengan seluar. Kalau formal pakai pants/slacks. Bila tak formal pakai jeans.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh. Ipoh dekat Perak, Malaysia ka?
Bukan ke Ipoh dekat Jogjakarta, Indonesia?
Atau dekat Discovery Bay, Hong Kong?




Kemain yachhh semua nak claim
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
See..michelle yeoh ni tak pernah lupa yg dia rakyat malaysia..dilahirkan dan dibesarkan di malaysia..so x salah la kalau kita nak claim dia..cuma xleh claim as malaysian actress je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sini dah. 18hb ni ade event kat kl.
Tahniah sekali lagi walau sampai skrg iols tak tengok pun lagi filem yg dia menang oscar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 10:42 AM | Show all posts
tulip-rain replied at 13-4-2023 12:47 AM
Sampai sini dah. 18hb ni ade event kat kl.
Tahniah sekali lagi walau sampai skrg iols tak tengok pu ...

Iouls tengok sekejap hari tu. Citer tu memang dark comedy ala ala Avenger/Stephen Chow nye style of filem. Kene hadam betul betul baru faham cite and konsep. Ahh gichiew. Apa apa pun, ada ke sesape di sini nak jumpa Michelle kat Pavi nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:00 AM | Show all posts
tahniah !!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:07 AM | Show all posts
emak TSMY pon berumur macam tu stil sehat lagi.
faktor pemakanan dan hidup senang juga kan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.071429 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list