PETALING JAYA-Lelaki yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan kembung tubuhnya di Jalan 2/38, Seksyen 2, di sini, semalam dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira 48 jam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6 petang, daripada adik mangsa.
“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 43 tahun itu tidak bekerja dan mempunyai rekod kesihatan darah tinggi dan kencing manis. “Dipercayai juga mangsa meninggal dunia 48 jam sebelum ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini. Fakhruddin memberitahu, adik mangsa yang tinggal bersama menyatakan dirinya sibuk bekerja dan kali terakhir melihat abangnya adalah pada Ahad lalu. Mengenai bantuan daripada bomba untuk mengangkat mangsa, Fakhrudin berkata, lelaki itu bersaiz besar dan memerlukan laluan selain pintu utama bagi memindah keluar mayat tersebut.
“Mayat tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi ujian saringan Covid-19 serta bedah siasat. “Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Azizul Zahari di talian 012-7220094 atau 03-79662222 bagi membantu siasatan,” ujarnya, Terdahulu pihak bomba memberi khidmat khas mengangkat mayat selepas pihak polis menemui satu mayat lelaki tempatan yang telah kembung di dalam bilik rumahnya. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat dipetik berkata, kerja memotong tingkap bilik dilakukan bagi mengeluarkan mayat melalui tingkap kerana pintu bilik yang terlalu sempit. Tambah Morni, mayat dapat diangkat dengan kerjasama pasukan polis yang berada di lokasi kejadian.-CARI Sumber: Kosmo
|
ultra78 replied at 12-4-2023 03:37 PM
Mayat tak muat pintu bilik. Waktu hidup tak pernah keluar bilik?
Carcosa replied at 12-4-2023 03:31 PM
Horror lah adiknya lepas ni tinggal kat rumah tu
gigahertz replied at 13-4-2023 12:15 AM
Malam malam dengar org batuk batuk
Ada bunyi org makan di dapur
Bila di ruang tamu rasa mcm ada m ...
Carcosa replied at 12-4-2023 04:24 PM
Woiiiiii... Bahhahahhaha
gigahertz replied at 13-4-2023 12:32 AM
Bayangkan waktu u tgh menaip kat forum ni
Tetiba lampu kelip kelip. Pastu ada dengar
Kerusi malas ...
Carcosa replied at 12-4-2023 04:24 PM
Woiiiiii... Bahhahahhaha
gigahertz replied at 13-4-2023 12:34 AM
I.pernah kena kacau masa nonton cerita ghost bride
Astro pulak malam2 pukul 1 pagi siar cerita be ...
gigahertz replied at 13-4-2023 12:32 AM
Bayangkan waktu u tgh menaip kat forum ni
Tetiba lampu kelip kelip. Pastu ada dengar
Kerusi malas ...
zuuu replied at 13-4-2023 03:20 AM
Choi bulan puasa ni wey...hantu syaitan sume dah diikat xleh ganggu manusia
Carcosa replied at 12-4-2023 04:37 PM
Ghost bride seram ke chuols?
Ni, news ni punnn. Siap kasi nama jalan siap stroke stroke nye hah : ...
ezacbee replied at 13-4-2023 09:16 AM
Choy hantu kena ikat bulan puasa. Kawan aku baru2 ni kena tegur cik ponti.
Jenuh nak pasang ...
ADVERTISEMENT