Pelajar disyaki terbabit pergaduhan seperti tular dalam rakaman video di aplikasi WhatsApp, sejak semalam akan dikenakan tindakan oleh polis. Klip video yang tular sejak jam 7 petang itu dipercayai berlaku membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Belud.
Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain yang mengesahkan kejadian itu berkata, setakat pagi tadi, pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada individu terbabit atau pihak sekolah. "Kami juga akan menyiasat sama ada ia pergaduhan atau kes buli dalam kalangan pelajar," katanya. Menurut Shahrudin, pihaknya akan mengambil tindakan bersama pengurusan sekolah berkaitan. "Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan. "Orang ramai juga dipohon supaya tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat palsu berkaitan kejadian terbabit," katanya.
Rakaman itu antara lain menunjukkan, seorang remaja memakai baju T merah yang dipercayai pelajar, ditumbuk beberapa kali oleh seorang pelajar. Sumber: Harian Metro
|
copy_paste replied at 12-4-2023 02:47 PM
zaman skrg ni nasib hp ade kemera pastu boleh viral,
kalau dulu2 nasib la diam mcm tu je
HabukBesi replied at 12-4-2023 03:30 PM
dulu kt hostel banyak je kes mcm ni, kes pukul memukul antara senior kepada junior tapi kala ...
myvi132806 replied at 13-4-2023 10:29 AM
mesti si junior menyiraaappp je tengok muka2 senior yang bg ceramah cite bab ingat tuhan segala tu ...
ADVERTISEMENT