Keadaan hospital di seluruh negara dikatakan penuh ketika ini, sekali gus rakyat Malaysia dinasihatkan menjaga kesihatan lebih-lebih lagi dalam menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian video oleh doktor perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan di TikTok berkata, selain keadaan katil di hospital penuh, jumlah mereka yang menunggu di jabatan kecemasan juga ramai berikutan rakyat Malaysia tidak sihat. Beliau yang sering berkongsi tentang ilmu kesihatan di media sosial berkata, situasi sama turut berlaku di hospital swasta yang berdepan dengan katil penuh susulan pesakit dimasukkan ke wad. Dalam pada itu, Dr. Malar turut memberikan tiga langkah kepada orang ramai sebelum bercuti panjang bagi menyambut perayaan Aidilfitri atau pergi ke tempat-tempat menarik sepanjang cuti sekolah ini. “Semua orang nak berkumpul raya nanti tak kisah yang Islam atau orang bukan Islam. Semua dah rancang nak cuti ke mana sebab cuti sekolah panjang, saya faham. Tapi tolonglah jaga kesihatan iaitu pertama, sediakan bekalan ubat-ubatan yang mudah seperti ubat batuk, demam, selesema, plaster luka sebagainya.
“Kedua, ambil vaksin dan ‘booster’ pergi ke klinik berdekatan. Pastikan anda jangan bawa balik gejala ke kampung. Kita dah bergelut Covid-19 dua tiga tahun dan tahun ini baru rasa merdeka. Tolonglah, jangan bawa penyakit di bandar ke kampung. “Ketiga, paling penting untuk tidak bawa penyakit sewaktu berkumpul adalah, kalau anda sakit jangan balik dulu atau pakai pelitup muka. Cuci tangan dan amalkan prosedur operasi standard (SOP) yang kita belajar sewaktu pandemik,” jelasnya. Sumber: KOSMO! ONLINE |
fizamn replied at 12-4-2023 06:48 PM
SELANGOR dah 3k Kes COVID. Belum yg len lain... adoiiyaiii
ADVERTISEMENT