CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 859|Reply: 10

Tolonglah Jaga Kesihatan Dan Jangan Bawa Penyakit, Hospital Dah Penuh - Dr Malar

[Copy link]
Post time 12-4-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Keadaan hospital di seluruh negara dikatakan penuh ketika ini, sekali gus rakyat Malaysia dinasihatkan menjaga kesihatan lebih-lebih lagi dalam menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.


Menerusi perkongsian video oleh doktor perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan di TikTok berkata, selain keadaan katil di hospital penuh, jumlah mereka yang menunggu di jabatan kecemasan juga ramai berikutan rakyat Malaysia tidak sihat.




FB




Beliau yang sering berkongsi tentang ilmu kesihatan di media sosial berkata, situasi sama turut berlaku di hospital swasta yang berdepan dengan katil penuh susulan pesakit dimasukkan ke wad.


Dalam pada itu, Dr. Malar turut memberikan tiga langkah kepada orang ramai sebelum bercuti panjang bagi menyambut perayaan Aidilfitri atau pergi ke tempat-tempat menarik sepanjang cuti sekolah ini.


“Semua orang nak berkumpul raya nanti tak kisah yang Islam atau orang bukan Islam. Semua dah rancang nak cuti ke mana sebab cuti sekolah panjang, saya faham. Tapi tolonglah jaga kesihatan iaitu pertama, sediakan bekalan ubat-ubatan yang mudah seperti ubat batuk, demam, selesema, plaster luka sebagainya.


“Kedua, ambil vaksin dan ‘booster’ pergi ke klinik berdekatan. Pastikan anda jangan bawa balik gejala ke kampung. Kita dah bergelut Covid-19 dua tiga tahun dan tahun ini baru rasa merdeka. Tolonglah, jangan bawa penyakit di bandar ke kampung.


“Ketiga, paling penting untuk tidak bawa penyakit sewaktu berkumpul adalah, kalau anda sakit jangan balik dulu atau pakai pelitup muka. Cuci tangan dan amalkan prosedur operasi standard (SOP) yang kita belajar sewaktu pandemik,” jelasnya.









Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 02:37 PM | Show all posts
kalau spita dh penuh xde la kete kat jalan raya spi 2 juta sok
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 05:34 PM | Show all posts
sejak bila hospital lengang
nasib baik tahun 2023 klu x dah kne lockdown dah
bukan ke alasan lockdown utk elak ospital penuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 06:04 PM | Show all posts
berapa dos vaksin dah dia amek? Setahu aku lepas 3 bulan jadi zero keberkesannya so setahun 4 dos lah patutnya ,  zero dahh ler tu yg dok kena pakai lampin muka camtu utk rasa selamat
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Santherasegapan tu yang tak menahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital mmg penuh pon.
Selalu dtg pagi habis kol 1 tgh.
Skrg ni kol 3ptg baru settle semua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
SELANGOR dah 3k Kes COVID. Belum yg len lain... adoiiyaiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu dengan virus kobodo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 11:08 AM | Show all posts
hapooo lagiii doc cerpen oiyyy
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap yg demam yang batuk kong kong tu...ko thn la diri jgn balik dulu...ini kong kong dia batuk kang tak sat kena kt org tua la kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
fizamn replied at 12-4-2023 06:48 PM
SELANGOR dah 3k Kes COVID. Belum yg len lain... adoiiyaiii

Adoi naik plak ke? Sejak bila nih? Patut ke pakaikan facemask balik kat anak?

Anak2 iols tak sihat sejak buka sekolah, batuk selesema maybe sbb berjumpa ramai org.

Sblm ni cuti sekolah duk diam je kat umah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055137 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list