CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Jam Pesan Makanan Tak Sampai-Sampai, Rupa-Rupanya Rider Kritikal Lepas Kemalangan

12-4-2023 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1339| Komen: 7

Seorang wanita terkejut apabila makanan yang dipesan lebih tiga jam menerusi aplikasi p-hailing masih belum diterima.

Rrupa-rupanya penghantar makanan dimasukkan ke hospital selepas terlibat kemalangan.


Gambar Hiasan

Menerusi perkongsian pada akaun TikTok @nananainamrii, dia mengetahui penghantar makanan dikenali sebagai Muhammad Firdaus Aiman menerima rawatan kecemasan di Hospital Serdang selepas panggilannya dijawab oleh seorang doktor yang memberitahu keadaan pemuda tersebut.

Penghantar makanan dikenali sebagai Muhammad Firdaus Aiman yang tidak sempat menghantar pesanan pelanggannya selepas terlibat kemalangan.

“Siapa yang kenal ‘rider’ ni boleh hubungi ahli keluarga dia. Saya pesan makanan dari pukul 6 petang sampai 9.30 malam tak dapat-dapat. Saya telefon nombor ‘rider’ nak tanya makanan saya, tapi doktor Hospital Serdang yang angkat.

“Doktor bagi tahu dia terlibat kemalangan dan dalam keadaan kritikal serta sekarang sedang ditidurkan. Doktor tengah cari ‘contact’ ahli keluarga dia. Siapa kenal boleh tolong maklumkan ahli keluarganya. Itu sahaja info yang saya tahu,” katanya pada penerangan video tersebut.



Menjengah ke ruangan komen, ada ahli keluarga penghantar makanan tersebut telah mengetahui berita itu selain memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Muhammad Firdaus Aiman.

“Minta tolong rakan-rakan TikTok semua doakan abang saya. Terima kasih semua, semoga abang saya diberikan kesembuhan. Luluh hati ni ya Allah,” kata @nobody meninggalkan komen.

“Terima kasih dik, tolong doakan anak saudara saya, dia kritikal sekarang. Selalu cemerlang dalam pelajaran zaman sekolah. Tak terkata sedih sangat, semoga ada keajaiban Allah untuk Aiman. Pendarahan otak dia besar, kami keluarga hanya harapkan keajaiban. Dia pelajar lagi, anak yang sangat-sangat berdikari tak pernah nak menyusahkan ibu abah dia,” kata @abcdintheambrushurteeth.

“Allah, sepupu saya ni pelajar lagi, tapi buat Grab cari pendapatan sampingan. Minta tolong doakan dia semoga sedarkan diri dan cepat sembuh,” kata @Ferguso.

“Anak buah saya dia kritikal sekarang di Hospital Serdang. Minta doakan ya, maaf sebab dia tak sempat hantar makanan adik,” komen @Aleyariza. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 12-4-2023 12:57 PM
Halah2 sampai mention dia anak yang baik tak susahkan keluarga berdikari pelajar yang cemerlang gemilang terbulang tak pernah kongkek puki anak dara orang apa bagai dekkkk… cringe sungguh dek.
Quote Skuau 12-4-2023 01:04 PM
pooh~key replied at 12-4-2023 12:57 PM
Halah2 sampai mention dia anak yang baik tak susahkan keluarga berdikari pelajar yang cemerlang gemi ...

itu sebab...saiya cakap..kita kawen...sini parampuan mau saja..banyak sinang..tengok saja..vole tau-rohingya/abangla
Quote jas7512 12-4-2023 01:46 PM
Sbb tu i selalu pesan kat driver grab/food panda..xpe  klu i dpt mknan lewat sbb i tunggu kat umah je..keselamatan diri plg penting..i taknak disebabkan i...melayang satu nyawa..minta dijauhkan...i cuma hrp mknan dan minuman yg i order dlm good condition..lewat 2 jam pun i ok
Quote matamata 12-4-2023 02:38 PM
Benda pertama aku akan tanya pada rider2 ni ialah "korang selalu langgar traffic light tak"....boleh kata 10 org aku tanya semua kata biasa langgar
Semalam sorang kena T Bone dgn Preve depan mata aku sbb tanggar traffic light.... Dan ini bkn pertama kali aku tgk
Quote alieyrina 12-4-2023 02:43 PM
Tiapkali berenti kat trafik lite aku mesti doa jgnla jd yg bukan2 kat situ. Seriau mengenangkan sbb yg laluan hijau laju semua
Quote sangbara2020 12-4-2023 02:45 PM
didoakn semoga segera sembuh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.074464 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top