View: 1179|Reply: 6
|
3 Jam Pesan Makanan Tak Sampai-Sampai, Rupa-Rupanya Rider Kritikal Lepas Kemalangan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita terkejut apabila makanan yang dipesan lebih tiga jam menerusi aplikasi p-hailing masih belum diterima.
Rrupa-rupanya penghantar makanan dimasukkan ke hospital selepas terlibat kemalangan.
Gambar Hiasan
Menerusi perkongsian pada akaun TikTok @nananainamrii, dia mengetahui penghantar makanan dikenali sebagai Muhammad Firdaus Aiman menerima rawatan kecemasan di Hospital Serdang selepas panggilannya dijawab oleh seorang doktor yang memberitahu keadaan pemuda tersebut.
Penghantar makanan dikenali sebagai Muhammad Firdaus Aiman yang tidak sempat menghantar pesanan pelanggannya selepas terlibat kemalangan.
“Siapa yang kenal ‘rider’ ni boleh hubungi ahli keluarga dia. Saya pesan makanan dari pukul 6 petang sampai 9.30 malam tak dapat-dapat. Saya telefon nombor ‘rider’ nak tanya makanan saya, tapi doktor Hospital Serdang yang angkat.
“Doktor bagi tahu dia terlibat kemalangan dan dalam keadaan kritikal serta sekarang sedang ditidurkan. Doktor tengah cari ‘contact’ ahli keluarga dia. Siapa kenal boleh tolong maklumkan ahli keluarganya. Itu sahaja info yang saya tahu,” katanya pada penerangan video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ada ahli keluarga penghantar makanan tersebut telah mengetahui berita itu selain memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Muhammad Firdaus Aiman.
“Minta tolong rakan-rakan TikTok semua doakan abang saya. Terima kasih semua, semoga abang saya diberikan kesembuhan. Luluh hati ni ya Allah,” kata @nobody meninggalkan komen.
“Terima kasih dik, tolong doakan anak saudara saya, dia kritikal sekarang. Selalu cemerlang dalam pelajaran zaman sekolah. Tak terkata sedih sangat, semoga ada keajaiban Allah untuk Aiman. Pendarahan otak dia besar, kami keluarga hanya harapkan keajaiban. Dia pelajar lagi, anak yang sangat-sangat berdikari tak pernah nak menyusahkan ibu abah dia,” kata @abcdintheambrushurteeth.
“Allah, sepupu saya ni pelajar lagi, tapi buat Grab cari pendapatan sampingan. Minta tolong doakan dia semoga sedarkan diri dan cepat sembuh,” kata @Ferguso.
“Anak buah saya dia kritikal sekarang di Hospital Serdang. Minta doakan ya, maaf sebab dia tak sempat hantar makanan adik,” komen @Aleyariza. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Halah2 sampai mention dia anak yang baik tak susahkan keluarga berdikari pelajar yang cemerlang gemilang terbulang tak pernah kongkek puki anak dara orang apa bagai dekkkk… cringe sungguh dek. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 12-4-2023 12:57 PM
Halah2 sampai mention dia anak yang baik tak susahkan keluarga berdikari pelajar yang cemerlang gemi ...
itu sebab...saiya cakap..kita kawen...sini parampuan mau saja..banyak sinang..tengok saja..vole tau-rohingya/abangla |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu i selalu pesan kat driver grab/food panda..xpe klu i dpt mknan lewat sbb i tunggu kat umah je..keselamatan diri plg penting..i taknak disebabkan i...melayang satu nyawa..minta dijauhkan...i cuma hrp mknan dan minuman yg i order dlm good condition..lewat 2 jam pun i ok |
|
|
|
|
|
|
|
Benda pertama aku akan tanya pada rider2 ni ialah "korang selalu langgar traffic light tak"....boleh kata 10 org aku tanya semua kata biasa langgar
Semalam sorang kena T Bone dgn Preve depan mata aku sbb tanggar traffic light.... Dan ini bkn pertama kali aku tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Tiapkali berenti kat trafik lite aku mesti doa jgnla jd yg bukan2 kat situ. Seriau mengenangkan sbb yg laluan hijau laju semua |
|
|
|
|
|
|
|
didoakn semoga segera sembuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|