Mungkin ramai sudah lupa pelakon Izzue Islam memulakan kerjaya seninya sebagai seorang penyanyi bersama kumpulan yang pernah meledak suatu ketika dahulu iaitu Forteen yang turut dianggotai Ariz, Ameer dan One.
Kini, kerjaya nyanyiannya semakin memudar dan kian dilupakan. Bukan hanya di mata khalayak, bahkan empunya badan turut mengakui hal sama. “Sejak Perintah Kawalan Pergerakan 2020, memang tiada undangan persembahan diterima selama setahun kemudian selepas industri kembali rancak, saya sibuk pula dengan lakonan dan pengacaraan. “Mungkin orang sudah lupa saya sebenarnya seorang penyanyi,” kata pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan berkenaan kepada HibGlam baru-baru ini. Aktor berusia 32 tahun itu berpendapat kerjaya lakonan dan pengacaraan yang dilakukannya kini semakin menyerlah sehingga menghilangkan ingatan ramai tentang kebolehannya di pentas nyanyian.
Namun, dia kekal optimis dan percaya dengan ketentuan rezeki anugerah Tuhan. “Mungkin sebab mereka nampak saya banyak berlakon dan menjadi pengacara ketika ini. “Saya tidaklah sedih sebab semua itu beri peluang dan membolehkan saya bahagi masa dengan lebih teratur,” ujarnya yang popular menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap. Jelasnya, perkara itu mula disedari pada tahun ini selepas melihat jadual kerjanya yang tidak terselit walau satu jemputan nyanyian. “Tahun ini, bila berborak dengan isteri selepas lihat jadual, baru perasan sudah lama tiada undangan nyanyian. “Pada saya syukur juga sebab memang nak fokus pada pengacaraan kerana nak belajar lebih banyak mengenainya. Memang menjadilah fokus itu sekarang ini. “Alhamdulilah untuk lakonan masih lagi okey dan rancak,” tuturnya. Sumber: Kosmo
|
prince_marhaen replied at 12-4-2023 02:53 PM
TAK LUPA....tapi tak SUKAAA... sebab suara tak sedap langsung, penyek, sengau......
WALAUBAGAIMANAPU ...
Cleocatra replied at 12-4-2023 12:48 PM
Macam mana la orang nak ingat kau penyanyi
Menyanyi tak sedap, supo kecek jah
Berlakon pun hover, su ...
talapia replied at 13-4-2023 09:10 AM
https://www.youtube.com/watch?v=q3-PFecy0rg
aku suka tengok nyanyian dia ngan sakinah biol ni
ADVERTISEMENT