CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1470|Reply: 16

Mungkin Orang Dah Lupa Saya Sebenarnya Penyanyi - Izzue Islam

[Copy link]
Post time 12-4-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin ramai sudah lupa pelakon Izzue Islam memulakan kerjaya seninya sebagai seorang penyanyi bersama kumpulan yang pernah meledak suatu ketika dahulu iaitu Forteen yang turut dianggotai Ariz, Ameer dan One.


Kini, kerjaya nyanyiannya semakin memudar dan kian dilupakan. Bukan hanya di mata khalayak, bahkan empunya badan turut mengakui hal sama.




IG




“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan 2020, memang tiada undangan persembahan diterima selama setahun kemudian selepas industri kembali rancak, saya sibuk pula dengan lakonan dan pengacaraan.


“Mungkin orang sudah lupa saya sebenarnya seorang penyanyi,” kata pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan berkenaan kepada HibGlam baru-baru ini.


Aktor berusia 32 tahun itu berpendapat kerjaya lakonan dan pengacaraan yang dilakukannya kini semakin menyerlah sehingga menghilangkan ingatan ramai tentang kebolehannya di pentas nyanyian.


Namun, dia kekal optimis dan percaya dengan ketentuan rezeki anugerah Tuhan.


“Mungkin sebab mereka nampak saya banyak berlakon dan menjadi pengacara ketika ini.


“Saya tidaklah sedih sebab semua itu beri peluang dan membolehkan saya bahagi masa dengan lebih teratur,” ujarnya yang popular menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap.




IG




Jelasnya, perkara itu mula disedari pada tahun ini selepas melihat jadual kerjanya yang tidak terselit walau satu jemputan nyanyian.


“Tahun ini, bila berborak dengan isteri selepas lihat jadual, baru perasan sudah lama tiada undangan nyanyian.


“Pada saya syukur juga sebab memang nak fokus pada pengacaraan kerana nak belajar lebih banyak mengenainya. Memang menjadilah fokus itu sekarang ini.


“Alhamdulilah untuk lakonan masih lagi okey dan rancak,” tuturnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 12:55 PM | Show all posts
Dia ni yang gelak kuat lepas dengar roti jala mak limah biadap
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 02:53 PM | Show all posts
TAK LUPA....tapi tak SUKAAA... sebab suara tak sedap langsung, penyek, sengau......
WALAUBAGAIMANAPUNNNNN....uols sangat elok dan wangi.....jumpa depan2 banyak kali pun wongiiiii jeee.... macam tak match ngan wifey uols kat sebelah.......ehh!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Di angin lalu sajalahh..
Mcm byk berlakon dari menyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyi pun out.. Jgn perasan suara sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 07:38 AM | Show all posts
dia dh xlaku ke
nak cecuba nyanyi lagu  rayakah?
jgn le...kang xpasal2 ms raya hujan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2023 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 12-4-2023 02:53 PM
TAK LUPA....tapi tak SUKAAA... sebab suara tak sedap langsung, penyek, sengau......
WALAUBAGAIMANAPU ...

Dia wangi pon sbb wife dia siapkan. Sampai diri sendiri nampak buchuk. Ye la kalau wife jenis melawa..bersiap mekap suma berjam..manade masa siapkan laki
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 09:10 AM | Show all posts
https://www.youtube.com/watch?v=q3-PFecy0rg

aku suka tengok nyanyian dia ngan sakinah biol ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 10:44 AM | Show all posts
Cleocatra replied at 12-4-2023 12:48 PM
Macam mana la orang nak ingat kau penyanyi
Menyanyi tak sedap, supo kecek jah
Berlakon pun hover, su ...

hahahahaa lawak la beliak mata
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
takpe la.dik
hang berlakon lagi baik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 teringat video youtube izzu islam kentut masa tengah shooting. Ada 2 pulak tu video dia kentut
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 01:09 PM | Show all posts
talapia replied at 13-4-2023 09:10 AM
https://www.youtube.com/watch?v=q3-PFecy0rg

aku suka tengok nyanyian dia ngan sakinah biol ni

ni lagu tema utk drama dorg dlm bunga utk merah kan?
melankolik dramanya



Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyanyi pun gaduh sampai keluar Forteen kan?Dahlah kalau Forteen ada show selalu je dia tak ada. Suara pun haus.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Group anak didik kru lagu kemain sepesen aja
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko blakon je la.. Forteen tu ko tarap bekap singer jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 08:45 PM | Show all posts
teruskan berlakon je lah... sebab ko nyanyi tak sedap pun nyah... mujur herlok so boleh la di maafkan..walaupun lakonan taraf2 syukri yahya ya itu takde prestasi (tapi tak kayu)... asyik2 dapat watak laki bodoh, lembam dan dayus...

ulang2 macam si syukri kazim elias tu... asyik2 dapat watak laki lembam... tapi wanita tetap di rendahkan walaupun dapat laki lembam.. nak juga tengok drama watak laki lembam lepastu kena dera dan smackdown dek bini hari2... dengan scene atas katil pun kena ikat2 dan di sangkut kat kipas syiling...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2023 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia masa dalam forteen pun macam takde line. Jarang sangat ada part dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.360706 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list