CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haram! Influencer Lelaki Dikutuk Buat Lesung Pipi Palsu, "Mak Saya Okay Je Asalkan Tak Melibatkan Nyawa"

12-4-2023 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4066| Komen: 65

Personaliti media sosial, Muhamad Shahifan Zamri meraih perhatian ramai selepas dia memuat naik video ketika menjalani prosedur membuat lesung pipit.

Menurut TikToker yang memiliki 1.4 juta pengikut itu, dia menjalani prosedur berkenaan selepas menerima tawaran reviu dari sebuah pusat kecantikan, baru-baru ini.


Foto: mStar

"Saya baru buat lesung pipit di Puchong minggu lepas. Saya buat sebab hari tu reviu untuk mereka. Yang buat tu merupakan beautician profesional. Kos dalam RM200 ke RM300, mereka tengah promo raya.

"Ia dicucuk dari bahagian luar pipi, dimasukkan benang, tarik dan ikat dari dalam. Mereka letak ubat kebas kiri dan kanan, jadi saya tak rasa apa-apa. Saya juga tak dapat nak rakam keseluruhan proses tu sebab ia melibatkan darah.

"Sebagai orang yang buat reviu, saya pun kena buat, barulah orang percaya. Kalau setakat cakap je, orang tak percaya," jelas pemuda berusia 29 tahun itu kepada mStar.




Senang disapa Irfan, dia yang berasal dari Melaka mengakui tidak menyesali keputusan itu meskipun berasa pelik melihat wajahnya sejurus menjalani prosedur berkenaan.

Malah kata Irfan yang juga seorang anak tunggal, ibunya tiada masalah selagi apa yang dilakukannya tidak melibatkan risiko nyawa.

"Saya memang tak pernah ada lesung pipit. Bila tengok mula-mula tu, rasa pelik juga. Tapi sebab benda dah buat, saya teruskan je la.

"Masa buat tu, saya juga ada buat panggilan video dengan mama. Dia positif je. Dia tahu anak dia buat reviu untuk tunjuk pada orang je.

"Selagi tak melibatkan nyawa, tiada masalah. Kawan-kawan pula, ada yang puji, ada yang kata tak patut," ujar Irfan yang menetap di Sepang, Selangor.

Pada masa yang sama, ramai netizen turut mengecam tindakan itu yang dianggap melanggar hukum agama dan seolah-olah mengubah ciptaan Allah.

"Apalah yang tak cukup lagi Allah bagi?

"Bila tak bersyukur dengan apa Allah bagi. Nikmat dunia tak pernah cukup.

"Sekarang dah normalkan benda haram ke?

"Haram halal tak tahu dah," tulis beberapa netizen.

Mengulas hal itu, Irfan berkata dia menerima segala komen dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai lumrah biasa di media sosial.

"Yang berkaitan hukum tu, memang saya ada baca. Komen yang baik atau buruk, saya terima seadanya. Sebab benda tu tak boleh buat, jadi saya terima dengan hati terbuka.

"Walaupun mereka kutuk, saya ambil positif je. Yang mana komen pasal jantina, pada saya sekarang dah tahun 2023. Tak ada masalah lelaki atau perempuan nak buat benda ni. Kalau berminat, kalau ada duit, boleh buat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, laman web Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa hukum lesung pipit buatan melalui proses tindikan mahupun pembedahan adalah haram.

Menurut laman web itu lagi, lesung pipit yang dibuat semata-mata bertujuan kecantikan (tahsiniyyah) adalah dilarang kerana ia mengubah ciptaan Allah yang jelas bukan pada situasi keperluan (hajiyyah). -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejaka_hensem 12-4-2023 10:46 AM
Itu bukan lesung pipit,itu lubang pipi.
Buruk kot
Quote cikatilia 12-4-2023 10:47 AM
"Sebagai orang yang buat reviu, saya pun kena buat, barulah orang percaya. Kalau setakat cakap je, orang tak percaya," jelas pemuda berusia 29 tahun itu kepada mStar.
"Yang berkaitan hukum tu, memang saya ada baca. Komen yang baik atau buruk, saya terima seadanya. Sebab benda tu tak boleh buat, jadi saya terima dengan hati terbuka.

bengap betul ayat2 dia ni..
Quote Simunggu 12-4-2023 10:47 AM
haram mengubah wajah anda
Quote cikatilia 12-4-2023 10:50 AM
jejaka_hensem replied at 12-4-2023 10:46 AM
Itu bukan lesung pipit,itu lubang pipi.
Buruk kot

lesung pipit tu keluar kalau senyum ke apa kan
ini dok saja diam berlobang pipi tu.. pelik plak shape nya
Quote plywood 12-4-2023 10:51 AM
jejaka_hensem replied at 12-4-2023 10:46 AM
Itu bukan lesung pipit,itu lubang pipi.
Buruk kot

asal rupa sama, asal muasal dah tak penting haha



Quote jejaka_hensem 12-4-2023 10:55 AM
cikatilia replied at 12-4-2023 10:50 AM
lesung pipit tu keluar kalau senyum ke apa kan
ini dok saja diam berlobang pipi tu.. pelik plak sh ...

24jam pipi berlubang.bodoh sapa yg buat ni
Quote jejaka_hensem 12-4-2023 10:57 AM
plywood replied at 12-4-2023 10:51 AM
asal rupa sama, asal muasal dah tak penting haha

Dah mcm cacat kekal dgn pipi berlubang tu.
Eh,bodoh la dorang ni
Quote bynroslan 12-4-2023 11:03 AM
pastu bila tak senyum pun ada lubang? pelik-pelik la haiii
Quote OsHiN_hOnEy 12-4-2023 11:07 AM
tompuad buat pun nmpk pelik
Quote Prickford 12-4-2023 11:07 AM
Orang ada lesung pipit ni, bila senyum baru nampak lesung nya. Manis gitu. Ni tak senyum pon berlubang, tambah masam kepam muka kau nyah!
Quote Kurex 12-4-2023 11:17 AM
Anak buah iols 2 orang ada lesung pipit. Sepupu iols pun ramai ada lesung pipit. Kalau senyum baru nampak lesung pipit. Iols takde lesung pipit, tak teringin nak buat, tapi iols tetap manis dipandang mata
Quote shernazz 12-4-2023 11:40 AM
Gatai lah nak buat lesung pipit..
Choi btol..
Ko nak buat lesung pipit..ko gores je sikit2 kat area boleh jadi lesung pipit TU..lama lama dia akan terbentuk...
Member iols ada buat masa dia kekecik dulu sebab dia jeles Abang dia ada lesung pipit..
Mmg menjadi..now dia senyum ada lesung pipit..
Quote adra5028 12-4-2023 11:53 AM
buruk naw ghopenye..da macam berlubang pp ko..
Quote pooh~key 12-4-2023 11:58 AM
Simunggu replied at 12-4-2023 10:47 AM
haram mengubah wajah anda

Sama seperti haram merubah bentuk konek (berkhatan) sis?
Quote dani-rox 12-4-2023 12:00 PM
tak cantek pun. coba pegi buat lagi, mcm tak cukup dalam jer. tak nampak sangat lesung pipitnya.




done hasut buat muka lagi




Quote bulalof 12-4-2023 12:00 PM
eeuuueewwww.......
Quote myakayina 12-4-2023 12:00 PM
nampak sangat tak ori lesung pipit tu..klu ori dia takde 24 jam nampak..time senyum je baru nampak..
Quote MissVixen 12-4-2023 12:04 PM
Dah ubah pun tetap nampak rempit desa nan permai. Buat lubang tu lagi nampak macam mat rempit jatuh tersagat atas jalan raya sampai berlubang pipi.
Quote Skuau 12-4-2023 12:18 PM
pooh~key replied at 12-4-2023 11:58 AM
Sama seperti haram merubah bentuk konek (berkhatan) sis?

apa yg berubahnya...sama jer...pung.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.104267 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top