CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bacaan Darah Sentiasa Tak Normal, Penduduk Gua Musang Stres Gara-Gara Jalan Sesak

12-4-2023 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 905| Komen: 13

GUA MUSANG – Penduduk di lebih 10 kawasan yang tinggal berhampiran kawasan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) sangat terkesan dengan penutupan jalan di situ yang menyebabkan rutin harian mereka berubah sejak seminggu lalu.


Antara yang terlibat ialah Taman Wangi, Taman Kesedar Jaya, Taman Kesedar Putra, Kampung Tanah Putih dan Projek Pe­nempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera.

Tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata mereka keluar seawal pukul 6.30 pagi untuk menghantar anak ke sekolah kerana bimbang terperangkap dalam ke­sesakan lalu lintas.


Foto: Kosmo

Seorang penduduk Taman Wangi di sini berkata, Siti Maisarah Ahmad, 36, berkata, rutin hariannya berubah selepas penutupan jalan berkenaan apabila terpaksa bersiap awal pagi untuk menghantar anak ke sekolah.

Katanya, dia me­nempuh kesesakan teruk pada waktu pagi untuk menghantar anak ke sekolah dan ke perlu ke tempat kerja selepas itu.


“Kami terpaksa keluar rumah lebih awal sejak seminggu lalu, namun tetap terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan anak-anak tiba lambat di sekolah,” katanya.

Ujarnya, dia sebelum ini hanya mengambil masa antara 10 hingga 20 minit untuk menghantar anak ke sekolah, namun kini menempuh perjalanan 40 hingga 50 minit.

Katanya lagi, jalan alternatif yang dicadangkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai banyak cabang atau persimpa­ngan sehingga turut mengundang ke­sesakan.

Seorang bapa, Muhammad Anuar Osman, 48, berkata, pihak berkuasa perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan pertambahan kenderaan yang melalui jalan alternatif.

Katanya, bacaan tekanan darahnya sentiasa tidak normal ketika ini apabila perlu menghadapi kesesakan setiap pagi, selain berdepan dengan kerenah pemandu yang kurang sabar.

“Laluan berkenaan kini bukan sahaja menjadi tumpuan ken­deraan penduduk Gua Musang, tetapi juga kenderaan dari luar daerah itu.

“Kami dapat jangkakan pertambahan kenderaan bakal berlaku minggu depan apabila perantau mula pulang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung.

“Kami terkejut berlaku kejadian kemalangan yang melibatkan 15 murid cedera selepas bertembung dengan lori balak yang mengelak sebuah kereta dari simpang ketika melalui jalan alternatif berkenaan semalam (kelmarin).

Kosmo! sebelum ini melaporkan, dua laluan utama di Gua Musang mulai sesak apabila ditutup sepenuhnya pada 3 April lalu untuk kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan LTU Pakej 3B dan 3C.

Ekoran itu, jalan menghala ke bandar Gua Musang bermula dari bulatan Tanah Putih ke simpang Kampung Pulai dan Jalan Kesedar Putra mengalami kesesakan hampir setiap hari.

Bagaimanapun, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT008 melalui hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, FT 2744 (hadapan Hospital Gua Musang) dan FT2746 (Jalan Pulai). -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 12-4-2023 10:01 AM
adakah ini sbb mengambilan Graphene Oxide?
Quote bulalof 12-4-2023 12:02 PM
doa lah banyak2 moga lobai di sana mendapat hidayah utk mengatasi masalah ini.
Quote airmineral 12-4-2023 01:21 PM
bese la tu..kesulitan hari ini utk kebaikan masa depan

p suruh kontraktor tu buat lencongan jalan lain yg sementara
Quote airmineral 12-4-2023 01:21 PM
bese la tu..kesulitan hari ini utk kebaikan masa depan

p suruh kontraktor tu buat lencongan jalan lain yg sementara
Quote dekmieDandy 12-4-2023 02:44 PM
habislar time raya nanti
Quote akies 12-4-2023 02:57 PM
kesian..wakil rakyat tk membantu ke deme ni?
Quote copy_paste 12-4-2023 03:09 PM
walaupun jalan tutup tapi masih ada yg sanggup redah jua,padahal ade je jalan lain ,mcm LPT2, cuma pusing jauh sangat la,tapi ok ape dari melekat terus x bergerak
Quote mejaputih 12-4-2023 04:03 PM
copy_paste replied at 12-4-2023 03:09 PM
walaupun jalan tutup tapi masih ada yg sanggup redah jua,padahal ade je jalan lain ,mcm LPT2, cuma p ...

rasanya artikel ni merujuk penduduk tempatan...
Quote matseh 12-4-2023 04:12 PM
Jem sikit dah merungut. Org yg kampung di N Sembilan/Melaka. Tiap2 weekend jem bila balik kampung steady saja.
Kira org2 Melaka/Nsembilan lagi kental hadap jem. Tiap2 weekend jem balik kampung. Org kelantan baru setahun 2-3 kali.
Aku tahu la, kadang2 jem dari exit bukit jelutong sampai R&R Dengkil. Tak kisah pun. Ini setiap minggu.
Quote nazzse 12-4-2023 09:15 PM
matseh: Jem sikit dah merungut. Org yg ...


Hello tu jem setakat sejam dua jah, ni jem 6-7 jam tak bergerak. Pastu tu jem highway, ni bukan highway takat jalan kg condition mcm hanat. Jauh sangat nak compare pun.
Quote sonic-bertaik 12-4-2023 11:01 PM
Sabar separoh iman!
Quote nw111 12-4-2023 11:28 PM
Org klang valley dh berpuluh taun mengadap jem..aman2 je tido dlm kereta

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.058953 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top