CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bakar Rumah Mentua Sebab Cemburu Isteri Bercuti Bersama Keluarga

12-4-2023 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 800| Komen: 5

Seorang lelaki membakar rumah mentuanya akibat cemburu isterinya meninggalkan dia utuk pergi bercuti ke wilayah lain bersama keluarga.

Lelaki tersebut didakwa mengancam untuk membunuh keluarga si isteri dengan membawa pistol bersamanya.


Kejadian itu dikatakan berlaku di Nakhon Pathom, Bangkok, Thailand.

Foto: Thaiger

Adik kepada isteri, berusia 35 tahun bernama Wanlop Arpha, menggunakan grup Facebook untuk berkongsi maklumat mengenai kejadian itu.

Dia menggesa netizen melaporkan kepada polis jika mereka melihat pesalah yang merupakan adik iparnya, Min Sukheewong, berusia 48 tahun.

“Ini adalah orang yang berbahaya. Dia suami kakak saya, bernama Min. Dia memandu Toyota Hilux Vigo, berdaftar di Bangkok bernombor 7กฒ3637.

“Dia ke kediaman saya dan membakar rumah kira-kira jam 11 malam pada 9 April. Dia juga mengancam untuk membunuh seluruh keluarga saya setiap kali dia bertengkar dengan kakak saya.


“Kali ini, bernasib baik kerana tiada sesiapa di rumah ketika kebakaran berlaku. Dia membawa pistol bersamanya sepanjang masa. Saya sudah memfailkan aduan dengan polis, tetapi dia masih bebas,” kata Wanlop.

Ketika ditemu bual, Wanlop menyatakan bahawa jirannya, KhaoSod melihat api dan memadamkannya menyebabkan rumah mereka tidak rosak sepenuhnya.

Dia memeriksa kamera keselamatan dan percaya bahawa Min cedera dalam kebakaran kerana dia tidak dapat melarikan diri sewaktu api semakin besar.

Wanlop mendedahkan Min mempunyai anak bersama isteri terdahulu sebelum berkahwin dengan kakaknya.

Mereka bersama selama sedekad, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Min mengalami ketagihan alkohol dan kuat cemburu.

“Dia akan menjadi marah setiap kali isterinya melancong bersama ahli keluarganya.

“Keluarga saya takut dengan Min dan mahu pihak berkuasa menangkapnya secepat mungkin. Mereka terlalu takut untuk tinggal di rumah kerana takut Min akan kembali,” luah Wanlop.

Selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman Min, polis mendapati dia tidak pulang sejak kejadian itu berlaku. -CARI

Sumber: Thaiger/mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 12-4-2023 10:12 AM
ada ini tanda tanda pengambilan Graphene Oxide?
Quote _blackbird 12-4-2023 11:35 AM
Simunggu replied at 12-4-2023 02:12 AM
ada ini tanda tanda pengambilan Graphene Oxide?

blastoff tersenyum sinis
Quote Simunggu 12-4-2023 12:20 PM

jadi zombie kan..
Quote gideoncross 12-4-2023 04:37 PM
Zmn skrg khwin ni cuma game je.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.076929 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top