Pelakon Diana Danielle, 32, menolak tawaran perdamaian bernilai RM319,700 dikemukakan suami, Farid Kamil, 42, malah, tidak mahu membuat sebarang tuntutan kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.
Peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, berkata anak guamnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan baik, malah, membenarkan anak-anak dibawa Farid meraikan Aidilfitri di Sungai Petani, minggu depan. "Diana tidak mahu tuntut apa-apa pun kecuali hak jagaan anak-anak. Dia mahu dilepaskan dengan cara baik demi kebaikan anak-anak. "Mereka akan kekal sebagai kawan dan Farid dibenarkan jumpa anak-anak. Malah, Farid boleh bawa anak-anak pulang sambut Hari Raya di Sungai Petani, Kedah," katanya ketika dihubungi BH Online. Akberdin berkata, anak guamnya nekad dengan keputusan mengakhiri perkahwinannya bersama Farid. "Diana sudah beri kebenaran untuk Farid ambil anak untuk cuti Hari Raya ini. Diana beritahu tiada masalah.
"Jadi, sehari sebelum Hari Raya, Farid boleh datang dan ambil anak-anak serta sambut Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah, selama beberapa hari. "Diana tidak akan beraya dengan anak-anaknya pada awal Syawal. Diana bersetuju untuk bercerai selepas itu dan dia tidak mahu kembali hidup semula. "Dia mahu keluar dari perkahwinan itu. Saya sudah maklumkan perkara ini kepada peguam Farid, Fakhrul Azman, malam tadi," katanya.
|
awanearisu replied at 11-4-2023 08:07 PM
Dah tahu sebenarnya yang D tidak akan hadir di mahkamah. Jadi sebenarnya pertunjukan pameran barang ...
awanearisu replied at 11-4-2023 08:07 PM
Dah tahu sebenarnya yang D tidak akan hadir di mahkamah. Jadi sebenarnya pertunjukan pameran barang ...
Suchi replied at 11-4-2023 07:07 PM
Bizi betul lawyer sorang ni ye hari2 turun naik mahkamah
PS, DD, HR
PULANGKAN: somebody please buat list arti ...
ADVERTISEMENT