CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8294|Reply: 87

Diana Tolak Tawaran Perdamaian Farid

[Copy link]
Post time 11-4-2023 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Diana Danielle, 32, menolak tawaran perdamaian bernilai RM319,700 dikemukakan suami, Farid Kamil, 42, malah, tidak mahu membuat sebarang tuntutan kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.


Peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, berkata anak guamnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan baik, malah, membenarkan anak-anak dibawa Farid meraikan Aidilfitri di Sungai Petani, minggu depan.






"Diana tidak mahu tuntut apa-apa pun kecuali hak jagaan anak-anak. Dia mahu dilepaskan dengan cara baik demi kebaikan anak-anak.


"Mereka akan kekal sebagai kawan dan Farid dibenarkan jumpa anak-anak. Malah, Farid boleh bawa anak-anak pulang sambut Hari Raya di Sungai Petani, Kedah," katanya ketika dihubungi BH Online.


Akberdin berkata, anak guamnya nekad dengan keputusan mengakhiri perkahwinannya bersama Farid.


"Diana sudah beri kebenaran untuk Farid ambil anak untuk cuti Hari Raya ini. Diana beritahu tiada masalah.


"Jadi, sehari sebelum Hari Raya, Farid boleh datang dan ambil anak-anak serta sambut Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah, selama beberapa hari.


"Diana tidak akan beraya dengan anak-anaknya pada awal Syawal. Diana bersetuju untuk bercerai selepas itu dan dia tidak mahu kembali hidup semula.


"Dia mahu keluar dari perkahwinan itu. Saya sudah maklumkan perkara ini kepada peguam Farid, Fakhrul Azman, malam tadi," katanya.


  



Akberdin mengulas kesediaan Diana menerima tawaran perdamaian bernilai RM319,7000 yang dikemukakan Farid pada prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, hari ini.


Terdahulu, Farid mengemukakan tawaran perdamaian berupa kenderaan MPV Toyota Vellfire bernilai RM225,000; barangan kemas bernilai RM10,700; wang pendahuluan nafkah dari Mac lalu sehingga Jun ini bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya dianggap hadiah, namun, didakwa bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.


Farid dilaporkan berharap tawaran itu mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.


Akberdin berkata, Diana terkejut sebaik mendapat tahu mengenai tawaran perdamaian yang dibaca melalui laman sosial.


"Diana tidak mahu semua itu, dia hanya mahu perkahwinannya berakhir. Dia tidak perlukan apa-apa kecuali nafkah anak-anak.


"Dia mahu bercerai cara baik. Diana juga tidak ada masalah jika Farid mahu berjumpa anak-anak," katanya.


Mengenai ketidakhadiran Diana pada prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pagi tadi, Akberdin berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada peguam mewakili Farid mengenai perkara itu.


"Sulh bukan proses mandatori, kalau proses mahkamah, memang kami kena hadir. Sulh adalah perbincangan.


"Saya sudah berhubung dengan peguam Farid dan kami berbincang mengenai terma. Saya uruskan perkara itu bersama peguamnya.


"Semalam saya sudah maklumkan kepada Fakhrul bahawa anak guam saya tidak hadir. Saya sudah beritahu terma-terma untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.


"Tetapi saya tidak boleh maklumkan terma-terma itu buat masa ini. Kita akan susuli dengan draf perjanjian sama ada petang ini atau esok," katanya.


Tambah Akberdin, pihaknya mahu menyelesaikan semua urusan anak guamnya termasuk nafkah anak-anak.


Pada 30 Mei depan, Farid dan Diana akan menghadiri prosiding penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada sebelah pagi disusuli prosiding laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, pada sebelah petang.




Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bizi betul lawyer sorang ni ye hari2 turun naik mahkamah
PS, DD, HR

Nampaknya DD mmg nak kuar cepat2 dr perkahwinan tu sbb tu dia saja je ungkit pasal umrah pasal cincin n blablablaaa
Kalau tak nampak juga taktau laaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu sebenarnya yang D tidak akan hadir di mahkamah. Jadi sebenarnya pertunjukan pameran barang kemas dan tawaran-tawaran lain itu sebenarnya bukan untuk D, tetapi untuk media.

Ikhlaskah begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Toksiknya parid ni. Elok la D cabut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeee kena tolak, malunya nyah duit2 geran pinas yang ko gigih songlap tu sheols tak layan. DD lagi banyak duit kekdahnya. So tunggu apa lagi, balance duit tu dah boleh guna untuk tampal kawah2 bulan kat muka tu, pergi la klinik dr koh esok. Perbetulkan alignmemt bibir herot tu sekali.

Dah herlok, boleh la kaka kenankan dengan janda meletop, duit berkepuk2, penerbit dan pengarah. Malah berbakat dari si DD ni... Dia pun dah lama taste kat chuols iols rasa...

Cun orangmya macam bandi amuk dan ada iras2 sikit macam arnab terjatuh dalam bendang. Boleh la kot ko pekena flakka dan hempuk serta smackdown sheols macam si zarina sabut nyoq

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 11-4-2023 08:07 PM
Dah tahu sebenarnya yang D tidak akan hadir di mahkamah. Jadi sebenarnya pertunjukan pameran barang  ...

that’s why DD mentioned dari awal, di FK kacip ni bukan nak save their marriage, instead nak jaga nama dia je. mmg selfish kacip ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nekad sgt dh dd ni... go dd go
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk akberdin jua ka. Padu datuk ni . Expert in law.. nmpk ikhlas bekeja. Byk anak guam dia settle down baik ujung2. Sol ps pun nmpk cool. Pndai datuk tone down anak guam kot. Btw, elok la dd oi hg nk serai pon. Aku dgr iv fk kt tangga mhkamah pun lalok2. Kejap nk pujuk kejap bukak aib wife. Mcm gear 1 kejap, gear reverse kejap.. pening dh aku.. blah jela dd. Cuma , somehow nmpk dd ni cool sgt seolah2 dh ada someone special d hatimu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yessss...
Dengar tu Parid?....lepas ni takyah nak bawak bunga, cincin, vellfire ....DD taknak pun semua tu. She wants out of the marriage. Enuf is enuf.
Gi lah tackle achik jera yg music director , author, PhD holder Datuk Seri dan segala macam pangkat dia sapu....tunggu abg Jeri tak penuh2 pulak tabung...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 11-4-2023 08:07 PM
Dah tahu sebenarnya yang D tidak akan hadir di mahkamah. Jadi sebenarnya pertunjukan pameran barang  ...

Ikhlas chuolsss...ituhlah tahal seorang suami yang sanggup mempertahankan rumahtangganya

Sekian dr netizen, forumers dan ahli wasap yang bebal

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalaa yg dd hadap kan
Moga dd baik² aje
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus peguam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namieamuro at 11-4-2023 09:11 PM

smlm ps. arini dd. dasat tok bideen ni. byk paperwork kene buat. hrp settle cpt, bole tok bideen balik raya kt kampung.

ouch kacip. lagi malu kene reject mentah2 dgn dd. ape motip dh tau dd mmg tak dtg  tapi nak jugak umumkan sumeorg psl tawaran eksklusip tu? saje nk bgtau org kan kegigihan die memujuk bini

iols terhibur pulak mcm realiti show kt tv tapi yg ini benar benar kejadian si kacip yg menghiburkan dgn perangai weng nye dari nada memujuk ke nada melaknat
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian DD sampai taknak mintak apa2 dari FK. Usually kalau taknak mintak apa2 ni mesti laki sengkek. Sian dia. Semoga ada kebahagiaan buatmu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:26 PM | Show all posts
somebody please buat list artis cerai tahun ni, sort by monthly date

macam trend pulok dudas jandas 2023
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspect kuat DD ada yg dah menungguuuu..in lup...

Kalo tidakkkk dari dulu suami saya terbaik, suami saya di anianya, saya bahagia, setia taat pada suami.. suami membahagiaaakannnn saya...

Sekarang semua kluaq cincin, nafkah, anak trauma, anak tdo depan pintu bilik air.. part laki kacip aje tak kluaq..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dd.. Ntah ape2x fk ni... Same2x terlangkupla fk ngam sol...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 11-4-2023 07:07 PM
Bizi betul lawyer sorang ni ye hari2 turun naik mahkamah
PS, DD, HR


Jangan lupa dia loyer KakMah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN: somebody please buat list arti ...

Jgn lupa letak column punca2 penceraian sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
FK ni main larungggg je ek?
Org tu dahla tgh marah + menyampah dgn ko. Lagiii kau topap dgn bende2 bodo kau buat. Dia tu bini ko, bkn gf. Pujuk dgn cincin, then pujuk dgn material totaling RM300k+
Apooooo??? DD tu bkn bebudak, bkn gf. Takkan lah dia nak ckp "Ohhh ok. Baiklah. Saya terima. Terima kasih banyak ya kasi RM300k+ tu. Saya nak tarik balik permohonan cerai".
Haiyooooo... Kau ingat DD tu takde maruah keeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.051419 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list