Oleh Adib Za Saban hari, laman sosial banyak mendedahkan wajah-wajah wanita pada hari ini. Ya, secara tak langsung ia memaparkan bagaimana sifat dan karakter golongan tersebut pada waktu ini.
Jika dahulu, wanita terutamanya dari kaum Melayu dianggap sebagai seorang yang lemah lembut, pemalu dan berbudi bahasa. Namun, satu soalan, masih seperti inikah gambaran terhadap wanita Melayu masa ini? Masih wujudkan golongan 'wanita Melayu terakhir'? Pesona Erra Fazira sebagai wanita Melayu tidak pernah kalah dan mengecewakan. (Sumber foto: Beautifulnara)
Kerana laman sosial, wanita ini berubah menjadi seorang yang gemar menunjuk-nunjuk harta benda, menunjuk suami dan anak. Melalui laman sosial, nampak jelas wanita yang gemar maki hamun, berkata kasar, memfitnah dan mempamer akhlak tak sepatutnya. Pergaduhan dalam laman sosial, antara dua wanita berebutkan lelaki bukan perkara baru. Mengaibkan pihak lawan juga, ibarat menjadi 'makanan' bagi mereka. Normala Samsudin antara ikon wanita Melayu yang sering digelar sebagai 'Wanita Melayu Terakhir'. (Sumber foto: Mstar) Ada pula yang tanpa segan silu menghirup rokok elektronik, vape. Meskipun bertudung, tidak menjadi penghalang mereka melakukannya dan nah, muat naik ke dalam laman sosial. Itu belum termasuk mereka yang terbiasa terdedah sana sini, bagai tidak cukup kain, terpapar lurah sana sini dan seksi itu 'pilihan' bagi mereka. "Kubur lain-lain" katanya. Yang paling menjelikkan, ada yang tidak malu menawarkan khidmat seks melalui laman sosial. Menonjolkan sisi sundal diri sendiri demi satu kepuasan, wang ringgit dan sebagainya. Semua ini versi wanita Melayu moden yang penulis tak tahulah ada atau tidak kaum lelaki yang sanggup memperisterikan orang sebegini. Kelembutan dan kesantunan Siti Nurhaliza meletakkan dia di satu tahap yang tersendiri. (Sumber foto: Ammboi) Malu sebenarnya melihat golongan sebegini, sedangkan banyak lagi sisi 'baik' yang boleh ditonjolkan pada masa ini. Rugikah menjadi seorang yang baik? Rugikah menjadi wanita Melayu yang belajar menjadi lebih baik dari masa ke masa? - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT