Selepas meminta Diana Danielle bertaubat sebelum dilaknat, Farid Kamil mendedahkan pula isterinya itu pernah mengusir ibu kandungnya iaitu Norsiah Ramli dari rumah mereka sekitar tahun 2019.
Farid mengakui dia sudah lama tidak berhubung dengan ibu mentuanya itu namun terkejut melihat kelibat Norsiah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menemani Diana pada 5 April lalu. "Saya tak dapat hubungi ibu mentua saya kerana setahu saya sejak 2019 Diana dah halau dia keluar dari rumah kami... tetapi tiba-tiba 2023 dia muncul di sini (mahkamah) minggu lepas semasa kes hadanah. "Itu satu benda yang mengejutkan sebab sepatutnya Diana kena jelaskan pada saya sebab apa dia halau dan tidak mahu berjumpa ibunya ketika itu. "Tetapi selepas berlaku perkara sebegini, tiba-tiba Norsiah muncul dan saya sendiri sudah lama tak berhubung dengannya sebab Diana yang putuskan hubungan dengan ibunya sendiri," katanya kepada mStar ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa bagi menjalani proses sulh.
Bagaimanapun proses itu tidak dapat diteruskan selepas Diana tidak menghadirkan diri atas alasan belum bersedia bersemuka dengan Farid. Menjelaskan tentang perjalanan Umrah yang diungkit Diana, Farid memberitahu ia hadiah buatnya memandangkan itu kali pertama mereka sekeluarga ke luar negara. Dia tidak menyangka semua itu kini menjadi satu bebanan hutang yang perlu dibayar kepada isterinya. "Tahun 2023 adalah pertama kali saya dibenarkan ke luar negara dan saya pilih untuk ke Makkah sebagai destinasi untuk saya bawa Diana bersama. "Tetapi slot untuk ke sana jatuh pada 23 haribulan dan saya ada sedikit kekangan iaitu saya hanya boleh selesaikan bayaran umrah tersebut pada hujung bulan. "Namun Diana pada asalnya dia beritahu untuk kali pertama mereka sekeluarga ke luar negara dia akan hadiahkan perjalanan itu untuk saya. Tetapi bila semua dah jadi begini hadiah itu bertukar menjadi hutan." Menjawab isu cincin perkahwinan pula, Farid mendakwa dia memang berjanji untuk membeli sebentuk cincin baru buat Diana selepas ia hilang semasa melahirkan anak kedua mereka, Aurora. Farid berkata, Diana memang sedih kehilangan cincin tersebut namun tidak menyangka ia menjadi isu besar sehingga di bawa ke mahkamah. "Aurora dilahirkan menggunakan kaedah 'water birth', jadi semasa proses itu, Diana menanggalkan cincin tersebut dan meletakkan dalam beg. "Tapi selepas bersalin dan nak balik, dia cari cincin tersebut tapi tidak jumpa yang membuat kan dia sedih dan menangis. "Disebabkan mahu dia berhenti bersedih mengenainya, saya kata cincin itu tidak penting sebab boleh beli yang baru tetapi kenangan melahirkan Aurora adalah kebahagiaan yang tidak boleh dibeli. "Saya tak sangka perkara itu boleh jadi besar dan memang saya janji saya akan cari cincin baru dan Alhamdulillah daripada hilang sebentuk cincin, saya dah ganti enam yang lain untuknya." Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka. Farid bagaimanapun enggan melafazkan talak terhadap Diana kerana masih menyayanginya. Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun. -CARI
|
dudaberhias replied at 11-4-2023 06:38 PM
terbayang iols si muka taugeh ni bercerita sesambil mulut herot kacip bercerita pasal dd halau mak l ...
winky1 replied at 11-4-2023 06:42 PM
Diana dgn press ppl style hinting bayang2.. bilik lah , cincin lah ..sajak lah .Farid react direct ...
winky1 replied at 11-4-2023 06:48 PM
Kes ps tu quite clear. Tapi kes these two hanya hakim yg tahu cerita sebenar. Allah dah tentu tahu l ...
Suchi replied at 11-4-2023 06:46 PM
Takkan depa ni asik gaduh je ngn mak dia tu? Sblm ni pun sama masa lepas kawen tu pun kata halau jug ...
ADVERTISEMENT