View: 10152|Reply: 88
|
Diana Danielle Didakwa Pernah Usir Ibu Kandung Sejak 2019! Farid Kamil Terkejut Lihat Kelibatnya Di Mahkamah
[Copy link]
|
|
Selepas meminta Diana Danielle bertaubat sebelum dilaknat, Farid Kamil mendedahkan pula isterinya itu pernah mengusir ibu kandungnya iaitu Norsiah Ramli dari rumah mereka sekitar tahun 2019.
Farid mengakui dia sudah lama tidak berhubung dengan ibu mentuanya itu namun terkejut melihat kelibat Norsiah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menemani Diana pada 5 April lalu.
Foto: IG
"Saya tak dapat hubungi ibu mentua saya kerana setahu saya sejak 2019 Diana dah halau dia keluar dari rumah kami... tetapi tiba-tiba 2023 dia muncul di sini (mahkamah) minggu lepas semasa kes hadanah.
"Itu satu benda yang mengejutkan sebab sepatutnya Diana kena jelaskan pada saya sebab apa dia halau dan tidak mahu berjumpa ibunya ketika itu.
"Tetapi selepas berlaku perkara sebegini, tiba-tiba Norsiah muncul dan saya sendiri sudah lama tak berhubung dengannya sebab Diana yang putuskan hubungan dengan ibunya sendiri," katanya kepada mStar ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa bagi menjalani proses sulh.
Bagaimanapun proses itu tidak dapat diteruskan selepas Diana tidak menghadirkan diri atas alasan belum bersedia bersemuka dengan Farid.
Menjelaskan tentang perjalanan Umrah yang diungkit Diana, Farid memberitahu ia hadiah buatnya memandangkan itu kali pertama mereka sekeluarga ke luar negara.
Dia tidak menyangka semua itu kini menjadi satu bebanan hutang yang perlu dibayar kepada isterinya.
"Tahun 2023 adalah pertama kali saya dibenarkan ke luar negara dan saya pilih untuk ke Makkah sebagai destinasi untuk saya bawa Diana bersama.
"Tetapi slot untuk ke sana jatuh pada 23 haribulan dan saya ada sedikit kekangan iaitu saya hanya boleh selesaikan bayaran umrah tersebut pada hujung bulan.
"Namun Diana pada asalnya dia beritahu untuk kali pertama mereka sekeluarga ke luar negara dia akan hadiahkan perjalanan itu untuk saya. Tetapi bila semua dah jadi begini hadiah itu bertukar menjadi hutan."
Foto: mStar
Menjawab isu cincin perkahwinan pula, Farid mendakwa dia memang berjanji untuk membeli sebentuk cincin baru buat Diana selepas ia hilang semasa melahirkan anak kedua mereka, Aurora.
Farid berkata, Diana memang sedih kehilangan cincin tersebut namun tidak menyangka ia menjadi isu besar sehingga di bawa ke mahkamah.
"Aurora dilahirkan menggunakan kaedah 'water birth', jadi semasa proses itu, Diana menanggalkan cincin tersebut dan meletakkan dalam beg.
"Tapi selepas bersalin dan nak balik, dia cari cincin tersebut tapi tidak jumpa yang membuat kan dia sedih dan menangis.
"Disebabkan mahu dia berhenti bersedih mengenainya, saya kata cincin itu tidak penting sebab boleh beli yang baru tetapi kenangan melahirkan Aurora adalah kebahagiaan yang tidak boleh dibeli.
"Saya tak sangka perkara itu boleh jadi besar dan memang saya janji saya akan cari cincin baru dan Alhamdulillah daripada hilang sebentuk cincin, saya dah ganti enam yang lain untuknya."
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Farid bagaimanapun enggan melafazkan talak terhadap Diana kerana masih menyayanginya.
Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ni wenglahhg..statement nnh xmasuk akal mcm samdol |
|
|
|
|
|
|
|
Diamlah
Makin bnyk cakap makin hilang cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
terbayang iols si muka taugeh ni bercerita sesambil mulut herot kacip bercerita pasal dd halau mak lah etc... padahal dia yang kena halau...
choiii jangan harap kaka nak percaya pada laki yang berbulu, muka berlubang boleh buat ladang hidroponik plus kacip nih...
semoga kau di hempap dek Duli yang maha gemuk permaisuri agong berminyak yang segala makanan dia kata sedap... walaupun makanan tu rasa macam bangkai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Diana dgn press ppl style hinting bayang2.. bilik lah , cincin lah ..sajak lah .Farid react direct sebiji2 story. Both habis aib . Muhammad tu dah big enough to read all these. Kesian betul |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 dia cerita hadoi laa |
|
|
|
|
|
|
|
nak berbaik tapi buka cerita wife...makin bengang la orang tu, mana ada rasa nak berbaik ini macam |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 11-4-2023 06:38 PM
terbayang iols si muka taugeh ni bercerita sesambil mulut herot kacip bercerita pasal dd halau mak l ...
la hau la wala quwwata illa billah |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan depa ni asik gaduh je ngn mak dia tu? Sblm ni pun sama masa lepas kawen tu pun kata halau juga.
Makin pening laa, binik dia punya nyampah ngn dia sampai tanak jumpa kat mahkamah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ps tu quite clear. Tapi kes these two hanya hakim yg tahu cerita sebenar. Allah dah tentu tahu lah. D says F says. Esok2 depa berbaik posing lagi atas katil ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tgh kacip balik ke ms bckp ni. Ms kt melodi tu nmpk normal |
|
|
|
|
|
|
|
winky1 replied at 11-4-2023 06:42 PM
Diana dgn press ppl style hinting bayang2.. bilik lah , cincin lah ..sajak lah .Farid react direct ...
Betul...kesian anak2 tgh membesar...jgn nanti sampai berebut anak berpecah dua2 budak tu sudah...tapi budak tu bersekolah pun mesti rasa malu dgn masalah kedua ibu bapa yg saling aib mengaib....lagi bnyk kekuar cerita lagi bnyk masyarakat speku lagi tertekan anak2 dan family masing2...
Bila dia sebut cincin hilang dia x ganti2 nampak sgt hidup dia ada masalah kewangan .... |
|
|
|
|
|
|
|
betul la shiqaq...sampai skrg pun diorg masih berkelahi
farid oh farid, kau nak berbaik dgn dd tapi kau sedar tak kau duk serang dia
tak ada keperluan pun utk buka cerita psl mak mertua ni yg rajin duk bercerita dah knp |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya SG ada baca hari tu DD bgtau anak dia mak dia jaga time shooting…rumah mak nya pon duduk tingkat bawah dari rumah dia..xkan FK x tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh ke kalau nak berbalah, bercerai, bincang dan bertekak di mahkamah aje? Kata sayang anak tapi malukan anak2 sampai ke keturunan yg seterusnya. Kita ibu bapa kena fikir panjang jgn pentingkan kepuasan hati saja. |
|
|
|
|
|
|
|
winky1 replied at 11-4-2023 06:48 PM
Kes ps tu quite clear. Tapi kes these two hanya hakim yg tahu cerita sebenar. Allah dah tentu tahu l ...
Bukan TD Hakim Arah dorang berdamai ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Afie13 at 11-4-2023 08:36 PM
Suchi replied at 11-4-2023 06:46 PM
Takkan depa ni asik gaduh je ngn mak dia tu? Sblm ni pun sama masa lepas kawen tu pun kata halau jug ...
Rasanya si FK ni yg bergaduh dgn mak DD masa tu kan? Mak DD x suka FK kawin dgn DD n hubungan diaorg mmg x ok pun. Agaknya ada lah tu benda yg buat diaorg bergaduh sampai DD halau mak dia keluar. Maybe masa tu terpaksa pilih antara mak atau laki
Tapi lama jugak la kalau 2019 lagi bermasalah dgn mak sendiri. Lepas nak cerai dengan si FK ni baru DD berbaik dgn mak dia ke mcm mana? Tapi i rasa DD ok je dgn mak dia cuma FK ni je yg melebih lebih bercerita |
|
|
|
|
|
|
|
Risau plak weng FK ni silap2 dia bukak citer psl bapak Diana pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia halau mak dia sebab mak dia tak suka FK. Dulu kan Parit beria kutuk mak DD tapi DD diam aje. Masa tu dah terpikir, sampai hati ko biarkan laki kutuk mak. Tapi biasalah melayu kan, diorang cakap lepas kawin kena dengar cakap laki, takyah dengar cakap mak.
Agaknya sekarang DD dah come to her senses. Kegilaan apa nak buang mak yang lahirkan semata2 jantan haprak ? Gitu. Masa dia kawin dia muda sangat.
Pedih gila hati kalau mak yang besarkan kita kena hina dengan laki sendiri. Sekarang nyahkau Parit. Agitu acik porum team Diana |
|
|
|
|
|
|
|
xsokong mana2 pihak. Fk mmg fk lah kn. Tp dd pn xdela innocent sgt smpai xda slh cacat cela lgsg. Kes gaduh dgn mak etc . Tlg la hbs dgn cpt sb penuh drama. Kes dorg ni npk 50-50 btl/slh. Kes ps sol terang2 an npk sol tu problematic |
|
|
|
|
|
|
| |
|