Pelakon dan pengacara Awal Ashaari akan membawa anak perempuannya iaitu Lara Alana bercuti ke Osaka, Jepun sekiranya kanak-kanak itu berjaya berpuasa penuh pada Ramadan tahun ini. Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, janji itu dibuat sebagai salah satu cara mendidik Lara berpuasa penuh meskipun baru berusia lapan tahun.
"Saya dan isteri sebenarnya umpan Lara dengan beritahu kalau dia berjaya puasa penuh, kami akan bawa di bercuti ke Jepun sebab dia suka Mario, jadi kamu rancang nak bawa dia berjalan ke Mario World di Osaka, Jepun. "Kebetulan lepas raya nanti memang kami nak bercuti ke Jepun, jadi alang-alang gunakan alasan itu untuk umpan dia. "Tapi kadang-kadang dia risau juga sebab dia tanya kalau tak berpuasa penuh adakah masih boleh ke Jepun? Kami jawab, boleh sahaja," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Awal memberitahu dia tidak memaksa Lara berpuasa penuh selama satu hari kerana ia merupakan proses pembelajaran.
Kata Selebriti 41 tahun itu, dia dan isteri, Scha Al Yahya sentiasa mengingatkan Lara berpuasa di bulan Ramadan merupakan ibadah wajib bagi umat Islam bukan satu paksaan. "Walaupun janjikan ganjaran, tetapi kami tetap berpesan pada Lara puasa ini adalah kewajipan, kami ajar dia secara perlahan-lahan. Tidak memaksa pun, kalau dia tidak larat tidak mengapa. Proses belajar dan mendidik diri. "Kalau tahun lalu, Lara puasa macam setengah hari sahaja, tapi Alhamdulillah tahun ini dia berpuasa penuh. Kami nampak dia lebih bersedia dan tenang malah tenaga dia juga banyak, pergi tuisyen, nampak dia punya peningkatan," katanya lagi. Awal berkata dia dan Scha bangga dengan Lara yang bersemangat untuk berpuasa walaupun kadang kala merungut kerana berasa penat. Malah Awal bersama Lara juga melakukan pelbagai aktiviti agar anak sulungnya itu tidak terlalu memikirkan tentang makanan kerana berpuasa seharian.
|
makadek replied at 11-4-2023 07:14 PM
Ank aku 11tahun dh 4x tuang malas nk bising2
Lom mumayiz lg tambahan panas sgt
Malas nk dengar dia ...
makadek replied at 11-4-2023 06:14 PM
Ank aku 11tahun dh 4x tuang malas nk bising2
Lom mumayiz lg tambahan panas sgt
Malas nk dengar dia ...
newyork replied at 12-4-2023 12:27 AM
Bapak dia yg nak gi tu..
ekselen replied at 11-4-2023 10:03 PM
Yg bini wajib pakai tudung tu xnak disuruh, yg x wajib tu plak disuruh2 siap disogok ngan segala mal ...
makadek replied at 11-4-2023 07:14 PM
Ank aku 11tahun dh 4x tuang malas nk bising2
Lom mumayiz lg tambahan panas sgt
Malas nk dengar dia ...
mrsbale replied at 11-4-2023 10:43 PM
Nmpk tua skit dah Awal tp he looks happy so ok la.
Nak stop canne pun getting older ni kan. Mmg smua ...
~boolean replied at 12-4-2023 12:08 AM
awal perkahwinan dulu, gigih poremer bergosip awal rogayah bottom scha lesbo..sudahnya pasangan ni j ...
ADVERTISEMENT