CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2345|Reply: 42

Awal Ashaari Umpan Lara Alana Bercuti Ke Jepun Jika Puasa Penuh, Tetap Didik Keistimewaan Ramadan

[Copy link]
Post time 11-4-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pengacara Awal Ashaari akan membawa anak perempuannya iaitu Lara Alana bercuti ke Osaka, Jepun sekiranya kanak-kanak itu berjaya berpuasa penuh pada Ramadan tahun ini.


Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, janji itu dibuat sebagai salah satu cara mendidik Lara berpuasa penuh meskipun baru berusia lapan tahun.


"Saya dan isteri sebenarnya umpan Lara dengan beritahu kalau dia berjaya puasa penuh, kami akan bawa di bercuti ke Jepun sebab dia suka Mario, jadi kamu rancang nak bawa dia berjalan ke Mario World di Osaka, Jepun.






"Kebetulan lepas raya nanti memang kami nak bercuti ke Jepun, jadi alang-alang gunakan alasan itu untuk umpan dia.


"Tapi kadang-kadang dia risau juga sebab dia tanya kalau tak berpuasa penuh adakah masih boleh ke Jepun? Kami jawab, boleh sahaja," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Awal memberitahu dia tidak memaksa Lara berpuasa penuh selama satu hari kerana ia merupakan proses pembelajaran.


Kata Selebriti 41 tahun itu, dia dan isteri, Scha Al Yahya sentiasa mengingatkan Lara berpuasa di bulan Ramadan merupakan ibadah wajib bagi umat Islam bukan satu paksaan.


"Walaupun janjikan ganjaran, tetapi kami tetap berpesan pada Lara puasa ini adalah kewajipan, kami ajar dia secara perlahan-lahan. Tidak memaksa pun, kalau dia tidak larat tidak mengapa. Proses belajar dan mendidik diri.


"Kalau tahun lalu, Lara puasa macam setengah hari sahaja, tapi Alhamdulillah tahun ini dia berpuasa penuh. Kami nampak dia lebih bersedia dan tenang malah tenaga dia juga banyak, pergi tuisyen, nampak dia punya peningkatan," katanya lagi.


Awal berkata dia dan Scha bangga dengan Lara yang bersemangat untuk berpuasa walaupun kadang kala merungut kerana berasa penat.


Malah Awal bersama Lara juga melakukan pelbagai aktiviti agar anak sulungnya itu tidak terlalu memikirkan tentang makanan kerana berpuasa seharian.


  



"Saya bangga dengan dia dalam masa risau juga kalau belakang kami dia buat apa-apa, kan? (makan dan minum).


"Ada masa, dia merungut juga kata penat, dia tanya sampai bila kena berpuasa. So, kami banyak buat aktiviti dan buat dia lupa dengan rasa lapar dan penat," ujarnya.


Untuk rekod, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan pasangan ini memiliki dua cahaya mata iaitu Lara Alana, 8, serta Lila Amina 3 tahun.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 06:56 PM | Show all posts
yer yer je macam anak tu nak bercuti sangat... padahal ko yang nak pergi kan nyah...

sama la macam gosip haritu kata kau tak nak paksa scha bertudung... padahal ko yang nak pakai tudung sebenarnya kan... tapi takut kena hempuk dan smackdown dek scha...

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 06:59 PM | Show all posts
Lawakla kak dud ni. Bagus awai suka layan anak2. Tp lara pun duit byk apadehal boleh sponsor p jpn
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya makbapak yg nak g bercuti. Anak2 mengikut je. Puasa2 gak jangan lupa ajar solat 5 waktu gak. Sama2 penting.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 11-4-2023 07:14 PM
Ank aku 11tahun dh 4x tuang malas nk bising2
Lom mumayiz lg   tambahan panas sgt
Malas nk dengar dia ...

biasa 11thn ni mmg dah mumayyiz sgt2 dah cuma maybe belum akil baligh je.
ada beza mumayyiz dgn akil baligh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 11-4-2023 06:14 PM
Ank aku 11tahun dh 4x tuang malas nk bising2
Lom mumayiz lg   tambahan panas sgt
Malas nk dengar dia ...

lek lek je xyah paksa paksa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bini wajib pakai tudung tu xnak disuruh, yg x wajib tu plak disuruh2 siap disogok ngan segala mala hadiah...pelik2 je lah diorg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pulak Lara Alana tu umoq 8y..dah masuk 9y tahun ni..myb belum birthday lg so anggap masih 8y kot..ank dia lahir sama tahun dgn EcahCheTa 2014
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk tua skit dah Awal tp he looks happy so ok la.
Nak stop canne pun getting older ni kan. Mmg smua org akan tua - kedut - mati.

Btw suka tgk anak2 dorg ni. Comey ngat
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 12:08 AM | Show all posts
awal perkahwinan dulu, gigih poremer bergosip awal rogayah bottom scha lesbo..sudahnya pasangan ni juga lah yang kekal bertahan berbanding pasangan2 lain..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak dia yg nak gi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 09:11 AM | Show all posts
newyork replied at 12-4-2023 12:27 AM
Bapak dia yg nak gi tu..

mmg dia kata dorang plan nk bercuti ke jepun pun kan lepas raya..
saja la umpan Lara.. walhal mmg dah plan. Kiranya Lara berjaya ke tidak puasa penuh.. tiket mmg dah ready.. gituh..

Lara 9 tahun.. sebaya anak aku.. masih on off puasa.. tapi dah bole la puasa full day.
dalam masa sama.. ajar anak solat 5 waktu.. complete..
benda2 amik masa utk biasakan. kalau tak ajar dari awal.. bila dah baligh, tetiba kena solat full 5 x , puasa sebulan tak culas..
arrgghh stress budak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 09:49 AM | Show all posts
ekselen replied at 11-4-2023 10:03 PM
Yg bini wajib pakai tudung tu xnak disuruh, yg x wajib tu plak disuruh2 siap disogok ngan segala mal ...

orang kata
ajar anak solat dulu baru la puasa
ada je orang puasa tapi tak solat
tapi orang yang solat confirm puasa
so tekankan dulu pentingnya solat
tapi maybe si schawal ni dah suruh anak dia solat la tu
malas nak cakap banyak
iols cakap based experience diri jurrrr
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
My niece, solat terawih, puasa penuh. Tapi solat 5 waktu on off. Semoga Allah kurniakan dia rajin solat asbab kerajinannya puasa penuh dan berterawih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:04 AM | Show all posts
makadek replied at 11-4-2023 07:14 PM
Ank aku 11tahun dh 4x tuang malas nk bising2
Lom mumayiz lg   tambahan panas sgt
Malas nk dengar dia ...

11 tahun blom mumayyiz apanyerr
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Besaqnya umpan dok ada. Aku dulu kena umpan 5 ringgit pun tak sangga dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah ke Japan sebab duit dia jatuh banyak skrng ni. iols pun lepas raya pun pi sana 3 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 02:31 PM | Show all posts
mrsbale replied at 11-4-2023 10:43 PM
Nmpk tua skit dah Awal tp he looks happy so ok la.
Nak stop canne pun getting older ni kan. Mmg smua ...

kalau dia buat muka kena cerca jugak

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 03:07 PM | Show all posts
~boolean replied at 12-4-2023 12:08 AM
awal perkahwinan dulu, gigih poremer bergosip awal rogayah bottom scha lesbo..sudahnya pasangan ni j ...

kannnn...

yg alpha male dgn pompuan lemah lembut plak bercerai berai

dooo gaa. aann....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 12-4-2023 02:31 PM
kalau dia buat muka kena cerca jugak

Betul. Rasa dia pun jenis amik peduli his skincare. Good for him.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054614 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list