CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Liat Pergi Sekolah, Usahawan Kelantan Bagi Anak Usia 5 Tahun Kereta G Wagon RM1.7 Juta

11-4-2023 07:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3616| Komen: 66

Seorang usahawan dari Kelantan, Farhana Zahra dan suaminya memenuhi permintaan anak mereka, Fatima sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-5 baru-baru ini.

Permintaan itu juga ditunaikan disebabkan anaknya enggan ke sekolah.


Sebelum ini, Farhana atau Cik Na pernah memuat naik video menunjukkan Fatima memberikan alasan tidak mahu ke sekolah kerana belum cukup umur.



Malah, si kecil itu juga dilihat berdepan kesukaran untuk pergi ke sekolah sehingga pernah berpura-pura tidak sihat.

“Hari tu alasan dia tak nak pergi sekolah sebab belum birthday dia jadi tak cukup lagi (usia) lima tahun.

“Sekarang dia minta saya kereta BMW dengan G Wagon pula baru nak pergi sekolah.

“BMW saya tahulah, G Wagon tu benda apa?” ujar Cik Na menulis di ruangan kapsyen perkongsian TikTok tersebut.



Namun, pada hari lahir anaknya, Cik Na membuat kejutan dengan menunaikan permintaan Fatima dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes G Wagon.

Bagaimanapun, pada mulanya berlaku adegan lucu apabila Cik Na hanya memberikan kereta mainan G Wagon kepada Fatima.

Tidak lama kemudian, siapa sangka Cik Na benar-benar membelikan kenderaan mewah tersebut yang dibawa oleh sebuah lori lutsinar dan memasuki perkarangan rumah ketika sambutan hari jadi yang diadakan pada waktu malam.

“Tak sabar saya nak hantar Fatima pergi sekolah sebab bulan Januari hari tu dah hantar tapi hari-hari dia berlakon sakit.

“Lepas tu dia cakap belum cukup lima tahun lagi sebab belum birthday dia. Kali ni dia cakap dapat hadiah G Wagon dia nak pergi sekolah. Panjang betul akal dia ni!” kata si ibu.



Menerusi video yang dikongsi, kelihatan wajah Fatima begitu ceria setelah penutup mata dibuka dan dia melihat kereta idaman berada di depan mata.

Dalam pada itu, Cik Na yang merupakan usahawan kosmetik berasal dari Tumpat, Kelantan, ini berharap agar hadiah kereta mewah ini menjadi asbab supaya anaknya lebih rajin untuk ke sekolah.

Tambahnya lagi, dia turut berharap cita-cita anaknya untuk menjadi doktor tercapai satu hari nanti.

Hasil carian di internet, kenderaan jenama Mercedes kelas G tersebut dijual pada harga bermula RM1.7 juta sebuah.

Sebagaimana dikongsikan, video tersebut meraih lebih 500,000 setelah menjadi tular di TikTok.

Rata-rata netizen turut terkesima apabila melihat seorang ibu mampu memberikan hadiah semewah itu terhadap anak kesayangan mereka yang baru berusia lima tahun.

“Alhamdulillah bagi semangat nak pergi sekolah. Kalau dulu tak bersemangat nak pergi sekolah kena hambat dengan getah paip. Akhirnya ke universiti juga.

“Saya dari dulu ajar anak-anak susah sebab mak ayah saya dulu dari keluarga susah.

“Untung kau dik. Mak ayah jutawan. Akak kahwin dah lima tahun tak mampu nak beli kereta lagi,” demikian antara komen netizen di TikTok. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 11-4-2023 07:24 AM
U spoil your daughter... Esok dia nak ape plk
Quote plywood 11-4-2023 07:27 AM
Hebat konten.

Dari kefahaman yang mungkin orang ramai yg statusnya m40 atau b40 faham ialah tak aper orang kaya kena hadap tax yang lebih besar.
Quote pokokmeranti 11-4-2023 07:32 AM
kebodohan.....aku pernah sebut salah satu 'ketakutan' cina adalah datuk buat kekayaan, anak menggunakan kekayaan dan cucu menghabiskan kekayaan. inilah yg akan berlaku pada umat melayu. anak malas la nak pergi sekolah sbb pikir mak bapak mampus dia dah ada harta tanpa perlu usaha pun....tolol
Quote Minami2013 11-4-2023 07:40 AM
Bukan sewa je kan demi content?

Usahawan kosmetik kelantan ni ramai betul. Padahal produk pun tk pernah dgr tp kaya betul. Sama jugak la dgn youtuber kelantan yg i tk kenal pun. Muka rempit gila tp mampu beli rmh besar siap swimming pool.

Org kelantan ni rajin support sskjp.
Quote PinkyPie 11-4-2023 07:44 AM
Kaya raya usahawan klate. Hari tu ada yg celebrate bday anak kat Dubai, naik heli bagai makan kat  rest. Salt Bae. Mendonia sungguh mereka.
Quote wadiunong 11-4-2023 08:01 AM
bau ikan sgt. leh caya ke jual produk timbang kilo ni kaya juta2 mcm tu?? emmmmmm. takat ni produk dari Kelate yg aku caya untung juta2 is sambal nyet KA aje
Quote FOTHER-MUCKER 11-4-2023 08:10 AM
Ok lah tu semasa sihat lah nak enjoy apa yang kita mampu, bila sudah terlantar di Katil ada berjuta pun sudah tiada guna lagi.
Quote Prickford 11-4-2023 08:21 AM
Dia sendiri yg nak show off beli kereta zaman2 recession ni, tapi gunakan anak utk "menghalalkan" story dia.
Quote bakingsoda 11-4-2023 08:24 AM
Minami2013 replied at 11-4-2023 07:40 AM
Bukan sewa je kan demi content?

Usahawan kosmetik kelantan ni ramai betul. Padahal produk pun tk p ...

tayah percaya la produk2 sampah ni ada pembeli, sedara mara aku takde pon yg jd pengguna, jauh sekali org negeri lain la kan?  ingat tak kes agen ke pounder kosmetik kena culik hari tu kes ape?
Quote acik79 11-4-2023 08:25 AM
Pada aku ngok la mak bapa mcm ni… aku dah tgk banyak benda mcm ni mak bapa bg anak macam2 last2 anak tak jadi orang
Quote ladybugz 11-4-2023 08:27 AM
i cume risau bab die ckp anak x nk ke sekolah. i rasa mcm bukan punca kereta. adakah sekolah tu yg x sesuai maybe utk anaknya, kene selidik dulu.
Quote bakingsoda 11-4-2023 08:27 AM
wadiunong replied at 11-4-2023 08:01 AM
bau ikan sgt. leh caya ke jual produk timbang kilo ni kaya juta2 mcm tu?? emmmmmm. takat ni produk d ...

KA ni je yg aku berani kata legit, sales dia terpampang dlm shopee, ada kilang sendiri, produk kedua yg dia kata nak launch tu pon tak muncul2 lagi maksudnya bukan senang nak hasilkan satu2 produk. kalau ponder timbang kilo hari ni kkm tarik not sbb produk beracun, minggu depan keluar produk/packaging baru sambil tuduh packaging lama barang tiruan puiii
Quote d_anne04 11-4-2023 08:28 AM
kenapa founder² skrg suka bermegah?
Quote krustykrab 11-4-2023 08:34 AM
Aku ingat usahawan kelab mlm mcm jejai rupanya usahawan jamu kopi kurus & tah apa² lagi
Quote tobobon 11-4-2023 08:36 AM
bakingsoda replied at 11-4-2023 08:24 AM
tayah percaya la produk2 sampah ni ada pembeli, sedara mara aku takde pon yg jd pengguna, jauh sek ...

legit sikit2 jer chuols...bak kata kaka dude, semua campak kat agent, agent yang borong habis...depa kayalah
Quote opie5662 11-4-2023 08:41 AM
Berangan la nak jadi doktor.. G sekolah pon malas... Mak pak lak spoil habes2.. Ujung2 jdi tiktoker je gedik2 menari nnt...
Quote kucingitam 11-4-2023 08:43 AM
konten bodo, follower pun bodo
Quote s@s@ 11-4-2023 08:44 AM
Minami2013 replied at 11-4-2023 07:40 AM
Bukan sewa je kan demi content?

Usahawan kosmetik kelantan ni ramai betul. Padahal produk pun tk p ...

takut buat cuci duit hasil pil kuda ja
Quote Kitty_catz 11-4-2023 08:45 AM
naik la apa pun g wagon ka station wagon ka

still la ponder timbang kilo kepam berkerakkkkkkkkkkk

kohhhhhhhhhhhh

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.061406 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top