CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam Ditikam Ketika Solat Subuh

10-4-2023 10:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 472| Komen: 1|Original author: Tatod

Seorang imam ditikam ketika mengimamkan solat subuh di sebuah masjid di Paterson, New Jersey pada Ahad, lapor New York Post.

Imam Sayed Elnakib diserang lelaki tidak dikenali yang menikamnya dua kali ketika mengimamkan solat subuh itu di Masjid Omar di Getty Avenue di Paterson Selatan, kira-kira jam 6 pagi, menurut The Record.


Suspek, yang dikenal pasti oleh penyiar televisyen, WNBC sebagai Serif Zorba, 32, sempat dihalang jemaah lain ketika insiden itu berlaku sebelum Elnakib dibawa ke Pusat Perubatan St Joseph dan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Ketika kejadian berlaku, kira-kira 200 jemaah menunaikan solat subuh itu.

Polis belum mendedahkan motif serangan itu.

Menurut pihak berkuasa, penyerang itu bukan ahli kariah masjid tetapi pernah bersolat di situ sebelum ini, lapor News12 New Jersey.

Pengurusan Masjid Omar dilaporkan meningkatkan kawalan keselamatan, namun tetap ia tetap dibuka untuk orang ramai menunaikan solat berjemaah.


Datuk Bandar Andre Sayegh memberitahu The Record, beliau ada melawat imam terbabit di hospital dan menghargai "kebimbangan segera (masyarakat terhadap) penyerangnya."

Ahli Majlis Al Abdelaziz, yang mewakili kawasan kejiranan serangan itu berlaku, memberitahu masyarakat di situ perlu "bersatu untuk menyokong antara satu sama lain dan mengecam semua bentuk kebencian dan keganasan."


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-4-2023 10:17 PM
Pengurusan Masjid Omar dilaporkan meningkatkan kawalan keselamatan, namun tetap ia tetap dibuka untuk orang ramai menunaikan solat berjemaah.


               

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.181521 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top