CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Wira Perang' Covid-19 Bersara Wajib 21 April

10-4-2023 10:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1813| Komen: 37|Original author: Tatod

Khidmat bakti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada bidang kesihatan negara selama 35 tahun akan berakhir apabila beliau bakal bersara wajib pada 21 April ini.

Semakan Harian Metro di Facebook mendapati beberapa individu dan pihak termasuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia memuat hantaran mengenai persaraan beliau sejak beberapa hari lalu.


Untuk rekod, bapa kepada enam anak berusia 60 tahun itu memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlang menyaksikan beliau berhadapan saat mencabar ketika negara berhadapan Covid-19.


Malah, beliau juga dianggap 'wira' rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu.

Beliau dianggap 'wajah yang memberi keyakinan' oleh rakyat negara ini kerana usahanya memberikan maklumat terkini mengenai Covid-19 di media sosial, berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik.

Media sebelum ini juga ada melaporkan Dr Noor Hisham, dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis Covid-19.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam catatan hantarannya di Facebook pada tiga hari lalu memaklumkan pihaknya mengadakan Mesyuarat Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia yang juga

mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh Dr Noor Hisham selaku Pengerusi Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia sebelum bersara pada 21 April.

Hantaran itu berkata, satu sesi khas diadakan sebagai penghargaan di atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia.

"Beliau turut menitipkan pesanan berikut 'dalam bekerja kita hendaklah ikhlas, buat yang terbaik dan selanjutnya bertawakal (berserah pada Tuhan)'," kata hantaran berkenaan.

Memetik laporan sebuah portal dan media tempatan, Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak sabar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas dia berundur pada 21 April ini, iaitu hari dirinya mencecah usia 60 tahun, iaitu umur persaraan wajib anggota perkhidmatan awam.

"Persaraan adalah babak kehidupan seterusnya. Ia adalah perjalanan hidup. Saya akan menyeberangi satu jambatan pada satu masa," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menikmati tempoh persaraannya itu memandangkan dirinya dikenali sebagai seorang yang bekerja keras, Dr Noor Hisham menjawab: "Biar saya bersara dahulu dan saya akan berkongsi dengan anda pengalaman saya kemudian."


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 10-4-2023 10:23 PM
Terima kasih Tan Sri.
Lama betul dia pegang jawatan ni, mmg layak sgt la tu.
Quote Kemaruk-Taikk 10-4-2023 11:01 PM
Anti vaxx tersenyum sinis
Quote Ahriman 11-4-2023 12:43 AM
Acik blastoff tk nak ke mencemar duli..
Quote OyenLemas 11-4-2023 01:36 AM
tq DG ???? . jasamu dikenang
Quote doubleA 11-4-2023 03:07 AM
Thank you dan selamat bersara. Memang iols caya DG ni lagi dari PM ke politicians lain masa tu
Quote blastoff 11-4-2023 03:37 AM
bird of a feather flock together.....
Quote I.K.A888990 11-4-2023 03:45 AM
selamat bersara ye
Quote Belibis 11-4-2023 05:23 AM
Semoga mendapat balasan yang setimpal.
Quote kakikuDibibirmu 11-4-2023 05:32 AM
Teknik pengunduran tersenyum sinis
Quote che-cikL 11-4-2023 06:16 AM
Selamat bersara Tan Sri.
Quote belilies 11-4-2023 06:36 AM
Yang bodoh je tak suka dg ni, especially yg anti vaksin tu. Dahlah bukan doktor/saintis tapi ngengada share sampah sana sini
Quote primarikey 11-4-2023 06:36 AM
Wira la sgt
Quote blastoff 11-4-2023 06:41 AM
Edited by blastoff at 11-4-2023 06:45 AM

tukang jilat ramai tapi sorang tak mampu debunk segala fakta yg aku dedahkan mengenai penipuan DG,

so kat thread nih kita boleh kenalpastilah penjilat2 nya itteww yg tau jilat je tapi tak tahu berfikir dgn rasional, dah terkesan dgn vaksin otak lah tu





Screenshot_20230411_064439.jpg
Quote Samerosie 11-4-2023 06:49 AM
belilies replied at 11-4-2023 06:36 AM
Yang bodoh je tak suka dg ni, especially yg anti vaksin tu. Dahlah bukan doktor/saintis tapi ngengad ...

Fakta tu yg tak menahan chuols habis semua dia tapau tak beringat.
Quote Suchi 11-4-2023 07:59 AM
Bersara wajib kira mmg takleh sambung dah la ye? So sapa gamaknya DG baru plak eh?

Quote teen_angelJB 11-4-2023 08:00 AM
Bersara sama dgn bff dia,
Pengarah hospital putrajaya
Quote teen_angelJB 11-4-2023 08:02 AM
Suchi replied at 11-4-2023 07:59 AM
Bersara wajib kira mmg takleh sambung dah la ye? So sapa gamaknya DG baru plak eh?

Kot masih diperlukan.. Bole je lantikan kontrak.. Huhu..
Ramai je pegawai2 atasan cmni...
Quote alesandra 11-4-2023 08:42 AM
Selamat bersara DG. thanx for everything
Quote cikmouse 11-4-2023 09:08 AM
Terima kasih Tan Sri DG atas segala keringat yg dicurahkan selama ini...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055679 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top