BBC sedang berunding dengan Twitter untuk memadamkan label terhadapnya sebagai 'media dibiayai kerajaan', daripada rangkaian sosial itu, lapor Sputnik yang memetik laporan CNN. Akaun Twitter BBC yang mempunyai 2.2 juta pengikut kini dilabelkan sebagai 'media dibiayai kerajaan,' tidak seperti akaun Twitter BBC yang lain.
Antaranya, BBC News (World) yang mempunyai hampir 40 juta pengikut dan BBC Breaking News (lebih 51 juta pengikut), tidak mempunyai label sedemikian. Menurut CNN, Twitter mentakrifkan 'media kerajaan' sebagai kerajaan ada kawalan terhadap kandungan editorial melalui sumber kewangan, tekanan politik langsung atau tidak langsung, serta kawalan ke atas pengeluaran dan pengedaran. "Kami sedang berbincang dengan Twitter untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin. "BBC adalah (bebas) dan sentiasa bebas. Kami dibiayai oleh rakyat British melalui yuran pelesenan," kata BBC kepada CNN, semalam.
Bulan lalu, Kerajaan United Kingdom (UK) memperuntukkan kira-kira £20 juta kepada BBC sebagai sebahagian daripada Penyegaran Kajian Bersepadu. Ia bagi menyokong siaran berbahasa Inggeris serta membanteras maklumat salah berlatarbelakangkan peristiwa 2022, khususnya krisis Ukraine. Pada 2020, Twitter mula menanda halaman media yang dipercayai bawah kawalan pihak berkuasa. Selain itu, akaun pihak berkuasa anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pegawai utama kerajaan, termasuk menteri luar negeri, duta, wakil rasmi dan pemimpin diplomatik utama. Sumber: BERNAMA
|
ADVERTISEMENT