CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan Keluasan Tanah Rizab Melayu Selangor Menurun Fitnah

10-4-2023 09:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 185| Komen: 1|Original author: Tatod

Dakwaan Pas Selangor bahawa jumlah keluasan tanah rizab Melayu di negeri itu telah menurun secara mendadak daripada 2019 hingga 2021 adalah fitnah kerana tidak menepati fakta.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Juwairiya Zulkifli berkata, secara faktanya, keluasan tanah rizab Melayu Selangor berjumlah 160,233.86 hektar (395,946.50 ekar) pada 2013.


"Sejak Pas tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor mulai 2018, keluasan tanah rizab Melayu Selangor meningkat secara strategik kepada 162,657.71 hektar (401,935.96 ekar) pada 2019 dan sebanyak 163,138.24 hektar (403,123.39 ekar) pada 2021.

Gambar hiasan.

"Ini bermaksud keluasan tanah rizab Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan Selangor meningkat sebanyak 2,904.38 hektar (7,176.89 ekar) termasuk pewartaan di kawasan Hilir Tambahan-Hulu Langat, Kundang-Kuala Langat, Selayang Pindah-Gombak, Ulu Semenyih-Hulu Langat dan Bukit Cherakah-Petaling," katanya dalam kenyataannya, hari ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati itu berkata, kerajaan Selangor terus komited untuk memelihara keluasan tanah rizab Melayu agar dipantau secara rapi melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Tegasnya, Pas wajar memohon maaf kerana cuba memfitnah dan menipu warga Selangor serta harus muhasabah serta mengelak daripada amalan tercela dengan menyebar fitnah, terutamanya pada bulan Ramadan ini.

Juwairiya berkata demikian mengulas berhubung dakwaan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi yang mendakwa jumlah keluasan tanah rizab Melayu menurun secara mendadak daripada 2019 hingga 2021 sebanyak 3,200 hektar di sebuah portal berita hari ini.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OyenLemas 11-4-2023 01:39 AM
biasanya . kalau tiada angin. bisakan pokok bergoyang?? sama la mcm gosip retis. mula2 deny. lama2 eh betullll

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.028085 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top