CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Terjah' Rumah, Kolej Kediaman Penuntut Ponteng Kelas

10-4-2023 09:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2117| Komen: 27|Original author: Tatod

Meskipun tegas, pensyarah kanan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di sini, enggan menghukum penuntut yang tidak hadir ke kelasnya.

Sebaliknya, Hisyam Che Mat, 49, memilih mengambil pendekatan lebih lembut iaitu dengan 'menziarahi' rumah penuntut terbabit bagi memberi kejutan buat mereka.


Kisah pensyarah subjek Rekreasi untuk orang kurang upaya (OKU) dan Pemprograman Perkhidmatan Rekreasi Luar itu mendapat perhatian selepas Hisyam memuat naik videonya menerjah ke rumah sewa dan kolej kediaman untuk bertemu sendiri dengan penuntut terbabit.


"Saya mengajar sejak 23 tahun lalu dan kalau diikutkan sudah buat begitu (ke rumah sewa dan kolej kediaman penuntut) sejak awal lagi, seingat saya bermula tahun 2000 sehingga 2003.

"Sebenarnya, saya terikut cara didikan salah seorang pensyarah saya di Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika belajar dulu malah saya ikut dia 'terjah' ke rumah penuntut yang tidak datang ke kelas.


"Jadi apabila masuk mengajar di UiTM, saya gunakan pendekatan sama dan mereka yang jadi anak didik saya dahulu sudah tahu cara saya cuma penuntut baharu mungkin tidak tahu.

"Disebabkan itu, ada yang terkejut apabila saya datang ke rumah mereka tempoh hari tetapi percayalah, niat saya cuma nak tengok dan tahu apa punca atau masalah mereka tidak hadir ke kelas.

"Mana tahu ada yang demam atau ada masalah kewangan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berhubung perkongsian di TikTok, Hisyam mengakui dia tidak tahu video dimuat naiknya itu akan tular dan mendapat perhatian meluas.

Dia terkejut namun bersyukur kerana banyak dapat maklum balas positif daripada pelbagai pihak.

"Sebelum terjah, saya habiskan kelas mengikut jadual dan minta kebenaran dulu daripada pengetua kolej kediaman.

"Saya juga tidak datang berseorangan namun ditemani kakitangan kolej kediaman bersama beberapa penuntut lain yang rakam video kemudian kongsikan rakaman.

"Mulanya video itu hanya dimuat naik di Instagram (IG) dan Facebook (FB) peribadi untuk rakan terdekat.

"Kemudian barulah saya kongsi di TikTok, Alhamdulillah, 99.9 peratus beri komen positif, cuma segelintir saja persoalkan dan anggap perkongsian itu mengaibkan serta cuba sekat hak asasi penuntut," katanya.

Menurut Hisyam, ada juga netizen yang menasihatkannya supaya memberi tumpuan kepada tugas hakiki sebagai pensyarah saja.

"Ada yang minta saya ajar saja sampai habis silibus dan kata buat apa nak menyibuk?

"Ikutkan saya boleh saja buat begitu namun sebagai pensyarah yang juga dilantik sebagai pengetua pelajar 'Non Residen' (NR), iaitu pelajar tinggal di luar, jadi saya perlu ambil tahu mengenai kebajikan mereka.

"Ia kerana saya mahu mereka utamakan pelajaran dan jadi manusia berguna nanti terutama kepada keluarga dan negara," katanya.

Ditanya hala tujunya, Hisyam berkata, dia belum terfikir untuk mengucapkan selamat tinggal dalam bidang pendidikan.

"Saya percaya aturan Allah buat saya amat cantik kerana selain mengajar, saya dapat peluang membantu pelajar.

"Jadi setiap kali balik rumah, saya akan berasa puas dan lega kerana dapat kongsi ilmu dengan penuntut.

"Nasihat saya kepada penuntut di luar sana, jangan ponteng kelas kerana ia satu kerugian dan tidak taksub dengan permainan video yang boleh menyebabkan leka dengan pelajaran," katanya.


Sumber: HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 10-4-2023 09:33 PM
Wahhh seronok Pula Baca explanation pensyarah ni
Dapat rasakan dia ikhlas mengajar
Dia Cari budak2 tak dtg kelas maka boleh la dia tahu kalau2 budak2 Tu Ada masalah kesihatan ke... Duit ke

Moga semua pensyarah/guru berhati mulia diberi ganjaran selayaknya oleh Allah
Quote kakikuDibibirmu 10-4-2023 09:40 PM
Nas Terjah tersenyum sinis
Quote sharlenetexas 10-4-2023 09:56 PM
Edited by sharlenetexas at 10-4-2023 10:03 PM

Asrama lelaki aje ke?

Quote nw111 10-4-2023 11:16 PM
sharlenetexas replied at 10-4-2023 09:56 PM
Asrama lelaki aje ke?

I tgk video, pompuan pun kena
Quote plywood 10-4-2023 11:30 PM
bayangkan kepanikan pelajar2 diterjah pensyarah ... mesti otak tu otomatik jana penipuan paling sedih di hari itu
Quote gekkou 10-4-2023 11:35 PM
tulah malas lagi p kelas
malam2 elok plak berjaga kan
esoknya nk bangun p kelas pun susah
buat habis duit mak pak and loan and scholarship aje

lecturer english aku dulu
asyik dia je dtg lambat
sekali student dtg lambat tau plak nk mengamuk
tinggi suara tengking student
dia bagi alasan pregnant tak larat nk dtg kelas
habis student buang masa tgu ko sampai 30 min ke 1 jam
at least text la agak2 ko malas nk bawa perut dtg kelas
or nk masuk lambat
baik ko x yah jadi lecturer or amik je cuti
ko pun contract aje kan
Quote putericahaya999 10-4-2023 11:46 PM
Kalau i pun nk ponteng la baru lekcera cari
Quote OyenLemas 11-4-2023 01:40 AM
uitm gitulah  . mmg wajib dtg kelas. huhu
Quote mawarika 11-4-2023 02:33 AM
Nasib baik bukan lecturer I dulu.. huhu.. kantoi la malam berjimba. Pagi tak g class.
Quote elnor_81 11-4-2023 04:33 AM
Aku dulu lwt bgn, so x pergi la klas pkul 8. Pegi utk pkul 10. Skali lecturer aku yg pg tu, nampak kami, dia kejor kami[em:3:]
Dpt tangkap dia tya nape x dtg. Ckp la terbgn lwt. Last dia bg nota kt kami.siap pesan..lewat cmne pun dtg je.
Quote doubleharmonic 11-4-2023 04:54 AM
plywood replied at 10-4-2023 11:30 PM
bayangkan kepanikan pelajar2 diterjah pensyarah ... mesti otak tu otomatik jana penipuan paling ...

takde panic pon elok jah masing2 terbongkang membuta atas katil siap shirtless lagi yachhhh

[tiktok]7219587216916368646[/tiktok]

Quote doubleharmonic 11-4-2023 05:03 AM
eh hello apa benda ni noreeen dah ko yang gegeh sangat naak terjah kan tiberr ko pegi censored pulak bagai tunjuk je lah budak tu shirtlesss bukan nya bogel pon yihhhh

[tiktok]7219467866364513542[/tiktok]

Quote honeybee1802 11-4-2023 05:43 AM
plywood replied at 10-4-2023 11:30 PM
bayangkan kepanikan pelajar2 diterjah pensyarah ... mesti otak tu otomatik jana penipuan paling ...

Nampak mcm sorang tu jg then siap salam dia...ada yg kt kolej mana ntah lg teruk bdk tu...pengarah kolej pi kejut..dah kejut2 pun punya payah bgn...or saje dia keraskan diri kot...
Member iols lecturer yg kena plak  jadualnya 8-8.30 pg nayer la...dok tercongok tg student...
Quote che-cikL 11-4-2023 05:54 AM
Banyak tul kasut bebudak lelaki, kalah budak perempuan.
Quote PULANGKAN 11-4-2023 07:48 AM
in some way, Iols setuju, wahahaha

dulu Iols penah berderet berhari tak dapat datang kelas. demam dan sakit berminggu tak baik, tapi tak tau suspek denggi waktu tu. maka Iols terbaring saja atas katil, pakai sweater, berselimut, tutup kipas, tutup tingkap. tak makan, tak minum. rumet semua busy. sampai ke satu tahap, Iols dah redha sekiranya dijemput ilahi. memang sakit gila badan waktu tu, kelas langsung tak pegi. lantak la kena buang ke apa.

Iols celik mata, nampak dinding.. tengok jam, hari Sabtu, 8 pagi.. pastu rasa lemah, mengantuk. tutup mata. bukak mata balik, 6 petang.. kelip mata lagi, 3 pagi pulak.
persis time travel yach

kalau la waktu tu, fellow asrama datang spotcheck ka, lecturer datang jenguk ka. boleh la call ambulance, idok la Iols hampir ke status belasungkawa
Quote bakingsoda 11-4-2023 08:33 AM
doubleharmonic replied at 11-4-2023 05:03 AM
eh hello apa benda ni noreeen dah ko yang gegeh sangat naak terjah kan tiberr ko pegi censored pulak ...

dah mcm operasi tangkap khalwat kat kulim tapi mcm annoying je main terjah2 ni siap record lakkk
Quote doubleharmonic 11-4-2023 09:44 AM
bakingsoda replied at 11-4-2023 08:33 AM
dah mcm operasi tangkap khalwat kat kulim  tapi mcm annoying je main terjah2 ni siap record l ...

kan chuolsss. iols takutkan yang tengah tido shirtless pakai seluar dalam tu jah buat nya tengah mimpi basah ke morning wood bagai tak ke naya tengah2 terjah tu nampak angry bird ko mencanak?
Quote esbok 11-4-2023 09:56 AM
elnor_81 replied at 11-4-2023 04:33 AM
Aku dulu lwt bgn, so x pergi la klas pkul 8. Pegi utk pkul 10. Skali lecturer aku yg pg tu, nampak k ...

Prinsip aku, lewat cemana pun aku akan tetap pi class

Nak jadi cerita, prinsip manusia ni tak semua sama. .
Aku kene pulak dengan lecturer yang seminit lepas kelas dia start, dikuncinya pintu.
Dia kata, kalau dah lewat tak hormat dia. Bukan semua orang sengaja lewat punnn.
Quote elnor_81 11-4-2023 10:22 AM
esbok replied at 11-4-2023 09:56 AM
Prinsip aku, lewat cemana pun aku akan tetap pi class

Nak jadi cerita, prinsip manusia ni tak sem ...

Tu la..aku n member takut nk msuk..tp ble lec ckp cmtu..lega la..jd member2 dh ngan lec tu skang ni. Lps dr tu..mmg xde dh lwt pegi.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.068321 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top