CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Rantai Isteri Selama 4 Tahun

10-4-2023 08:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 967| Komen: 6|Original author: Tatod

Sebuah mahkamah di China menjatuhi hukuman penjara terhadap enam individu berhubung satu kes pemerdagangan manusia berprofil tinggi di mana seorang wanita ditemui dalam keadaan dirantai di sebuah perkampungan terpencil pada  tahun lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.


Mangsa bernama Xiaohuamei, manakala suaminya  yang dikenali sebagai Dong, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana menyeksa, mendera dan menjadikan wanita itu sebagai tahanan. Lima tertuduh lain dihukum penjara antara lapan tahun hingga 13 tahun.

Penderitaan Xiaohuamei mendapat perhatian  orang ramai pada Januari 2022 apabila seorang pesohor blog video menemui wanita tersebut di sebuah pondok buruk di luar rumah keluargnya di Xuzhou, wilayah Jiangsu.


Dia ditemui dalam keadaan rantai besi dililit pada lehernya.


Video tersebut menjadi tular dan mencetuskan kebimbangan kes pemerdagangan manusia.

Xiaohuamei yang dikatakan berusia dalam lingkungan 40-an,  dilaporkan mempunyai lapan anak dan ditemui dalam keadaan keliru dan mentalnya tidak stabil.

Perbicaraan di mahkamah menyebut bahawa Xiaohuamei ketika remaja telah diculik daripada rumahnya di wilayah Yunnan pada tahun 1998 dan dijual kepada seorang petani di wilayah Donghai pada harga 5,000 yuan (RM3,205).

Setahun kemudian, dia sekali lagi dijual kepada lebih ramai pengedar di mana kali ini sepasang suami isteri, menguruskan penjualan wanita tersebut kepada bapa Dong.

Dong dikatakan memaksa Xiaohuamei melahirkan lapan anak dan ketika dia melahirkan anak ketiga, keadaan skizofrenia yang dialaminya semakin buruk. Ia menyebabkan lelaki itu semakin agresif menderanya.

Pada 2017, dia menempatkan wanita itu di dalam sebuah pondok di luar rumah keluarganya, di mana Xiaohuamei diikat dengan tali kain dan rantai. Pondok itu juga tiada bekalan elektrik atau lampu selain wanita itu sering dibiarkan kelaparan. 


Sumber: KOSMO!ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 10-4-2023 09:16 PM
prnh tgok kes ni kat YouTube..mmg kesian btul..
Quote Zazama 10-4-2023 10:54 PM
Bagus la dah kena tangkap tapi ini baru je 1 kes. Boleh jadi ada banyak lagi..
Quote doridori_hi 11-4-2023 01:27 AM
kesian acik ni derita sepanjang hidup, semoga nasib nya terbela
Quote KamikuP 11-4-2023 12:05 PM
cELAKA KAN UMMAH KOMINIS NI
Quote supernaturalee 11-4-2023 12:18 PM
kt us bnyk kes mcm ni
diculik since their kids

culik utk jdkan bahan pemuas nafsu
sampai beranak pinak

yg buatkan sukar utk tangkap setan2 ni sbb di luar dorg menjalani hidup normal
kerja, pegi kedai beli barang runcit, pegi klinik klu sakit2 ape
totally normal di luar

tp dlm rumah...unthinkable betul ape yg dorg buat
ada yg berpuluh2 tahun jgk

syukur kt msia x pnh ada lg & hope it keep that way
Quote cmf_PariS 11-4-2023 12:19 PM
dh la kene colek kene derah kena seksa... kesian..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.211844 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top