CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurugambar Sambilan Didakwa Simpan, Pamer Burung Kakak Tua Tanpa Lesen

10-4-2023 07:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 241| Komen: 0|Original author: Tatod

Jurugambar sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas tiga tuduhan mengendalikan pameran dan menyimpan pelbagai spesies burung kakak tua tanpa permit dan lesen pada Januari lalu.


Tertuduh, Hazmi Afandi Mohamad Zailani, 28, membuat pengakuan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas dibaca dan diterangkan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengendalikan pameran hidupan liar membabitkan 12 ekor burung kakak tua tanpa permit di Gerai Pesta Jom Makan Dataran MITC, Lingkaran MITC, di sini, pada 14 Januari lalu, kira-kira jam 6.20 petang.

Gambar hiasan.

Ia membabitkan dua burung Blue-and-gold Macaw (Area ararauna), Black-headed Parrot (Pionites melanocephala) dan Green-cheeked Conure (Pyrrhura molinae) serta masing-masing seekor burung, Medium Sulphurcrested Cockatoo (Cacatua galerita eleonora), Crimson Rosella (Platycercus elegans), Grey Parrot (Psittacus erithacus), Chestnut-fronted Macaw (Ara severus), Sun Conure (Aratinga solstitialis) dan Hahn's Macaw (Diopsittaca nobilis).


Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut 66 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (APHL) 2010 (Akta 716) yang membawa hukuman hukuman denda maksimum RM70,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga tertuduh didakwa menyimpan masing-masing dua ekor burung Green-cheeked Conure dan seekor Black-headed Parrot, iaitu spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama APHL 2010, pada tarikh, masa dan di tempat sama.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 60(1)(a) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 60(1) akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Suhainariddah Abd Rashid dan Siti Hajar Atiqah Razali manakala tertuduh diwakili peguam, Zulkifli Omar.

Terdahulu, pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis sekali sebulan.

Peguam merayu jaminan dikurangkan kepada RM6,000 kerana tertuduh hanya bekerja sebagai jurugambar sambilan dan baharu berkahwin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM9,000 berserta syarat dipohon pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 Mei depan untuk serahan dokumen.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.204739 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top