CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangan 'Hancur' Main Mercun

10-4-2023 06:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 896| Komen: 17|Original author: Tatod

Seorang lelaki berusia 27 tahun parah di kedua-dua belah tangan dan luka di badan selepas dipercayai bermain mercun yang diubah suai dalam kejadian di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, kejadian itu disedari abang mangsa berusia 29 tahun selepas terdengar bunyi letupan yang kuat berdekatan dengan rumah mereka kira-kira 3.30 pagi.


Beliau berkata, abang mangsa pada mulanya menyangka berlaku pergaduhan dan bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.


"Bagaimanapun, sebaik bergegas keluar dari rumah, abang mangsa mendapati adiknya mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan disyaki akibat letupan mercun yang diubah suai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd Zaki berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Ini adalah kejadian kedua yang direkodkan di daerah ini akibat mercun selepas empat kanak-kanak mengalami kecederaan akibat letupan mercun yang diubah suai pada 4 April lalu," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 10-4-2023 07:40 PM
Tua tua pon .......(sila isi tempat kosong)
Quote Samerosie 10-4-2023 07:50 PM
Syabas betty!  Tahun depan sila cuba lagi kali ni aim kedua belah kaki tak pun dua bijik mata  tak pun sebijik kepala terus.
Quote Perawankota 10-4-2023 07:53 PM
Dulu kecik2 aku berani main mercun.. sekali tu, mercun gasing masuk kat celah2 jari kaki.. nasib baik terus terpadam. Tapi masa tu tinggal parut kecik kat jari. Sekarang parut pon dah tak nmpk. Lepas dari tu terus takut dengan apa2 mercun..
Quote imanjannah 10-4-2023 08:01 PM
umur 27? entahlah kamu ni
Quote krustykrab 10-4-2023 08:06 PM
Pesakit mental kot..kalau org normal umur gini tak main dah mercun modified ni.
Quote ultra78 10-4-2023 09:02 PM
27 tahun main mercun. Dalam hidup dia ni dah takde benda lain nak buat kot.
Quote kuzaime 10-4-2023 09:07 PM
Tiap2 tahun ada aje berita macam ni. Dr yg belum berakal sampai yg bulu pun dah naik putih agaknya tapi x pasal2 jadi OKU sebab mercun punya hal.
Quote Zazama 10-4-2023 11:01 PM
Innalillahiwainna ilaihiroojiun.. Nasi dah jadi bubur..
Quote Jitu 10-4-2023 11:32 PM
mcm biasa bila dah kena baru menyesal
btw mercun bateri best jugak ye tengok masa meletop tp rega fuh mmg aku tak beli la
membazir duit je
Quote Tokeybundle 11-4-2023 12:56 AM
Main mercun pkl 3.30 pagi.....
Kena sumpah ngn org kampung la tu
Memekak je ganggu org nak tdo
Quote KamikuP 11-4-2023 01:49 PM
P. Ramlee pun dah lama berpesan dalam Madu 3 - Dah tua pun _ _ d_ h !.. ekekekeke
Quote Simunggu 11-4-2023 04:26 PM
kenapalah benda mcm ini masih berlaku...otak tak ada kah...classic problem
Quote tripleid 11-4-2023 04:28 PM
Cash ler..harap pasni kepala lak tercabut kalo x insaf2 lagi
Quote cmf_premierleag 11-4-2023 04:55 PM
padan muka...nk sangat kan
Quote acikhan 11-4-2023 05:06 PM
Jitu replied at 10-4-2023 11:32 PM
mcm biasa bila dah kena baru menyesal
btw mercun bateri best jugak ye tengok masa meletop tp rega f ...

mercun bateri rm130 hingga rm220 utk 138 shot...lawa mmg lawa tp rege Mahal oooo, tiap tahun haku tgk sbb Ade org sponsor tiap tahun kat kg tok laki....kite tukang tgk je tp cantik oooo jitu
Quote sepiITUindah 11-4-2023 05:32 PM
ngapa tak gi ke palestin
Quote Jitu 11-4-2023 11:01 PM
acikhan replied at 11-4-2023 05:06 PM
mercun bateri rm130 hingga rm220 utk 138 shot...lawa mmg lawa tp rege Mahal oooo, tiap tahun haku  ...

tu la rasa buang duit je
sedangkan klu beli beras berkampit2 dpt
milo, susu pekat, tepung etc...
jd tukang tengok takpe la free je

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.152222 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top