CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raya 2 Minggu Lagi, Tiket Sudah Habis...

10-4-2023 03:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 508| Komen: 3|Original author: Tatod

Biarpun hari raya Aidilfitri berbaki dua minggu lagi, jualan tiket bas pulang raya habis dijual dengan orang ramai membuat persiapan awal untuk perayaan kali ini.

Tinjauan Harian Metro di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mendapati, tiada lagi tiket bas pada tarikh berkenaan dan ia hanya boleh didapati seminggu selepas itu.


Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkata, orang ramai mula membeli tiket raya seawal Ramadan.

Gambar hiasan.

"Tahun ini dijangka 30 syarikat bas membuat penambahan tiket bas dengan purata bas tambahan yang akan disediakan waktu puncak sebanyak 50 hingga 60 perjalanan sehari.

"Harga tambang untuk bas tambahan ini akan naik sebanyak 10 peratus," katanya.

Kata Faizal, TBS sentiasa bekerjasama dengan syarikat tiket bas dengan memaklumkan mereka untuk menambahkan perkhidmatan bas.

Penuntut universiti awam, Nur Adriana Azmi, 19, berkata, raya tahun ini dia meminta keluarganya untuk ambil sendiri di kolej.


"Saya tak beli tiket bas sebab harga dia lebih tinggi berbanding hari biasa.

"Bisanya tiket bas dari melaka ke TBS hanya RM11 tapi baru-baru ini saya tengok dah sampai RM29," katanya.

Turut bersetuju pelajar, Syaszatul Nadia Mohamad Nuri, 21, berkata, dia sempat membeli tiket bas pulang ke rumah dua minggu awal.

"Saya beli awal sebab kalau beli lambat memang tiket akan habis,

"Kawan saya ada yang tidak sempat beli tiket bas untuk bas tambahan pun tidak sempat dibeli, " katanya.

Katanya, mereka akan mengikuti rakannya pulang ke kampung untuk beraya bersama.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote capiloton 10-4-2023 03:53 PM
Edited by capiloton at 10-4-2023 03:55 PM
Tinjauan Harian Metro di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mendapati, tiada lagi tiket bas pada tarikh berkenaan dan ia hanya boleh didapati seminggu selepas itu.

baik balik seminggu lepas tu.
ada cuti buruh dan wesak,
apply 3 hari, dapat cuti seminggu terus.
jalan pun kurang jem.

dan jimat tak yah bagi duit raya, bagi pada parent ajer

Quote AbukRokok 10-4-2023 04:00 PM
Sebelum pundemik harga tiket kekal sama walaupun perayaan
Lepas pundemik dah pandai tamak naik harga musim perayaan
Quote hareeeesah 10-4-2023 07:16 PM
Minyak & tol melaka - KL - melaka pun lebih rm29..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.065687 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top