CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Hanya Buat Content, Nak Dapat Banyak Likes- Sedekah Makan Kepada Gelandangan Berlonggok-Longgok, Akhirnya Basi Je

10-4-2023 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 842| Komen: 11

Setiap kali Ramadan ramai yang memilih untuk berbuat amal termasuk memberi makanan kepada golongan gelandangan.

Selain individu atau syarikat, badan bukan kerajaan (NGO) turut aktif menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada kumpulan ini.


Namun, apa yang dikesalkan oleh seorang pelayar bernama Ashraff Khan apabila berlakunya pembaziran yang keterlaluan seperti mana yang diluahkan melalui perkongsiannya di Facebook.

Melihat situasi ini, dia berpandangan niat baik mereka yang bersedekah akhirnya akan berakhir dengan pembaziran apabila beratus-ratus bekas makanan yang tidak disentuh dibiarkan bersepah di tepi jalan.


Foto: mStar

Posting tersebut yang dikongsi semula di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini mula menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

“Tak tahu nak salahkan siapa atau di mana silapnya. Setiap kali bulan Ramadan isu pembaziran makanan di jalanan pasti menjadi hangat.


“Ni dinamakan buat baik dapat dosa. Satu jam saya berada di sekitar Chow Kit antara jam 12 tengah malam sehingga 1 pagi.

“Hampir 15 kumpulan telah hadir dengan membawa pelbagai makanan serta pakaian untuk diberikan kepada rakan jalanan (gelandangan),” katanya.

Menurut Ashraff, antara punca berlakunya pembaziran seperti ini disebabkan mereka tidak membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum menggerakkan projek mengagihkan sumbangan.

Ashraff mencadangkan agar makanan tersebut disedekahkan kepada tempat-tempat atau individu lain yang turut memerlukan.

“Nak kata budak-budak yang bagi tidak juga, tapi tulah orang nak buat street feeding dia nak buat juga, bawa makanan sampai 50 hingga 100 bungkus. Lepas tu ambil gambar budget (berharap) dapat like (tanda suka) beribu.

“Tak buat ‘homework’, tak nak jalin kerjasama bersama mereka yang lebih arif, antara punca kepada pembaziran berlaku. Banyak lagi tempat yang boleh kita salurkan makanan seperti pak guard sekitar sekolah-sekolah di ibu kota.



Ramai yang mengambil peluang bulan Ramadan untuk berbakti kepada masyarakat. - Gambar hiasan

“Selain itu penjaga pesakit di hospital-hospital, para pekerja pembersihan, petugas di unit kecemasan hospital. Juga masyarakat di flat, rumah kos rendah, apartment, rumah perlindungan, masjid atau surau serta jiran tertangga. Cukuplah 10 dulu, yang lain anda fikir sendiri,” katanya.

Pemuda ini berkata dia bukanlah marah atau melarang sekiranya ada pihak yang mahu melakukan kerja-kerja amal seperti ini di bulan Ramadan.

Sebaliknya dia hanya kesal apabila melihat makanan-makanan dibiarkan malah langsung tidak disentuh kerana terlalu banyak diterima oleh gelandangan.

Dalam pada itu, dia turut mendakwa terdapat makanan yang diberikan sudah rosak atau tidak boleh dimakan lagi.

“Saya bukan marah, jauh sekali cemburu dengan program anda, cuma sedihlah, kita di sini membazir makanan macam tu saja. Negara lain nak makan pun bercatu.

Gelandangan di Malaysia ni mewah sangat makanan. Allahuakbar, sayangnya makanan. Dah jadi satu pembaziran.
NETIZEN
“Tinjauan saya juga malam tadi dapati tiga bungkus makanan dari kumpulan berlainan telah basi dan kotoran sisa makanan berlambak-lambak sehingga ada makanan yang tidak tercuit dibiarkan sahaja.

“Satu saya nak tanya. Kita boleh makan berapa banyak makanan dalam sehari? Kalau dah seorang gelandangan dapat sampai 20 ke 30 bungkus, anda rasa mereka akan makan ke?” katanya.

Dia menambah, cukup-cukuplah sebahagian masyarakat membazir makanan di rumah sendiri dengan membeli pelbagai juadah di bazar serta bufet Ramadan.

“Jangan kita jadi salah seorang sahabat iblis yang suka membazir,” ujarnya penuh kecewa.

Situasi ini mengundang rasa sedih dalam kalangan orang ramai dan mereka mencadangkan supaya ada pihak tampil menguruskan sumbangan diberikan dengan cara yang lebih sistematik.

Dakwaan terdapat lambakan makanan dibiarkan begitu sahaja sehingga basi turut menjadi perhatian netizen.

“Daripada duit infaq atau sumbangan sia-sia macam tu, baik buat beli barang runcit atau kupon (wang) untuk dia pilih apa dia nak beli.

“Gelandangan di Malaysia ni mewah sangat makanan. Allahuakbar, sayangnya makanan. Dah jadi satu pembaziran.

“Mungkin boleh buat satu post, letak makanan dekat situ. Daripada membazir macam ni,” kata netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 10-4-2023 02:49 PM
banyak lagi kampung2 di pedalaman negeri Perak, Kedah, Terengganu, Johor, Sabah, Sarawak dan lain2 negeri yang ada orang miskin.
Quote copy_paste 10-4-2023 02:55 PM
negara kita ni bukan taraf sampai susah nk makan,
Quote grouper 10-4-2023 03:23 PM
Chowkit tu tempat gelandangan level t20..mmg le mewah makanan kat situ sbb byk ngo n geng amal buat aktiviti kat situ..
Quote capiloton 10-4-2023 04:09 PM
baik korang bagi makanan yang susah nak basi,
dan mereka boleh simpan lama.

bagi ler makanan kering.
kurma, whole grain cookies & crackers, oatmeal, milo, kopi, horlick,
maggi cup, kerepek ubi, canned food dan lelain

bagi nasi ni, makan sekali jer dah habis,
kenyang nya time tu jer,
yang tak habis, terus terbuang. bukan nya  boleh simpan lama.
Quote talapia 10-4-2023 04:26 PM
dorang ni... gelandangan aje ke yg susah?
Bukan semua gelandangan susah ok.
Ramai je yg sengaja MALAS.

Gi la bantu anak2 yg bercatu makan..
bercatu nk beli barang sekolah..
yang teringin nak pegi bazar tapi tak mampu..

bole gak bagi cash kat mereka yg daif.. tapi jangan bebanyak.. takat RM50 ke bawah.
Kalau dia memang daif.. 10 ringgit pon dia dah bersyukur.
Tapi kalau tak.. bagi duit.. dibuatnya bayar bil astro. Tak layak dibantu
Quote jfq 10-4-2023 04:40 PM
Edited by jfq at 10-4-2023 04:41 PM

Mmg pun
Bagi kat pelajar universiti mereka lagi appreciate
In fact bagi kat gue pun ok aje
Tp tu le aku nak dpt mkn free pun susah ????
Quote yellowsky 10-4-2023 09:01 PM
Minggu lepas aku pergi berbuka puasa di rumah anak yatim ramailah yang hantar makanan kat tempat rumah anak yatim tu . Yang aku lagi hairan selepas berbuka puasa dalam jam 8 malam ramai pulak hantar makanan  katanya lebihan bazar air balang, kuih muih dan mee banyak pulak tu. kalau nak besedekah bagilah sebelum berbuka ni bagi lepas berbuka semua dah kenyang akhirnya ke tong sampah. Nak bersedekah biarlah ikhlas jangan makanan tak habis jual baru nak bagi.
Quote isseliparjepun 10-4-2023 09:05 PM
yellowsky replied at 10-4-2023 09:01 PM
Minggu lepas aku pergi berbuka puasa di rumah anak yatim ramailah yang hantar makanan kat tempat rum ...

Sedihnya baca. Sampai hati peniaga bazar, dah tak habis baru bagi orang, anak yatim pula tu.
Quote airfilterkotor 10-4-2023 09:14 PM
Tempat gelandangan.
Surau/mesjid.
Rumah kebajikan.

Tempat melampias makanan tak terjual.
Janji balik rumah tak perlu pikir mana nak campak semua benda ni.
Quote airfilterkotor 10-4-2023 09:16 PM
Esok siang buat lagi. Buat banyak².

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.073340 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top