CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Hidupkan Enjin Van Dari Luar, Suami Nyaris Mati Kepala Digilis!

10-4-2023 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1874| Komen: 20

Tindakan seorang wanita yang menghidupkan enjin sebuah van dari luar kenderaan membawa padah apabila suaminya hampir digilis kenderaan tersebut.

Menerusi video yang dikongsi Aslam Gamers di akaun TikToknya memaparkan suami wanita terbabit sedang berada di bawah van tersebut.


Isteri lelaki itu kemudiannya dilihat muncul dari arah belakang dan menghidupkan enjin van.

Foto: tiktok


Perbuatannya itu hampir menyebabkan kecederaan parah dan menggilis kepala lelaki itu selepas van berkenaan tiba-tiba mengundur.

Aslam menerusi ruangan kapsyen menasihati orang ramai supaya tidak menghidupkan kenderaan manual dari luar.

“Jangan sesekali ‘start’ kereta manual dari luar kereta,” katanya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencela perbuatan wanita terbabit yang dilihat bukan sahaja membahayakan suaminya, malah orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

“Bahaya, nasib baik tangan tak kena gilis. Memang patut kena maki pun,” kata Ameena Amieera.

“Nasib kau baik kak, kalau tak auto jadi balu,” kata Ewan Wancha. -CARI

Sumber

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 10-4-2023 12:41 PM
Suami dia kaya tak sis? Ada anak lelaki sis? Sila tuntut faraaj faraid sis.
Quote pooh~key 10-4-2023 12:42 PM
Mana part makinya sis?
Quote prettyuglybabe 10-4-2023 01:07 PM
cara dia jalan slow-slow tu macam sengaja nak dajai laki je
Quote Belibis 10-4-2023 02:30 PM
Bukan sebab start dari luar atau dalam.masalahnya tak free gear masa parkir.
Quote Firenzza 10-4-2023 02:54 PM
Belibis replied at 10-4-2023 02:30 PM
Bukan sebab start dari luar atau dalam.masalahnya tak free gear masa parkir.

Ada org mmg sengaja masuk gear dlm parking sbb takut keta mengundur
Quote myakayina 10-4-2023 02:57 PM
mujur tak jadi arwah...
Quote primarikey 10-4-2023 03:26 PM
prettyuglybabe replied at 10-4-2023 01:07 PM
cara dia jalan slow-slow tu macam sengaja nak dajai laki je

Tu la
Padahal bkn dia x nmpk tok laki tgh menonggeng kt bawah kete...pastu terus start kete...ko rasa
Quote SWORKS27 10-4-2023 03:32 PM
nak video maki plis
Quote exclusive_vvip 10-4-2023 03:34 PM
iols sorang je ke rasa mcm dah siap sedia blakon utk content? yg bini dia tu mcm rupa badan jantan jer.. tapi kalu realiti pun, mmg wujud jer lelaki@pompuan yg semacam blur menonong sebegitu..
Quote Skuau 10-4-2023 03:37 PM
pooh~key replied at 10-4-2023 12:42 PM
Mana part makinya sis?

part 2....
Quote pooh~key 10-4-2023 04:23 PM
exclusive_vvip replied at 10-4-2023 03:34 PM
iols sorang je ke rasa mcm dah siap sedia blakon utk content? yg bini dia tu mcm rupa badan jantan j ...

Yes chuols sorang je sis.
Quote jfq 10-4-2023 04:47 PM
Apa ke bodohnya
Bukan dia tak nmpk lelaki tu terjongkong kat bawah
Gatal tangan
Quote faraway1 10-4-2023 06:20 PM
Berzaman dah orang start keta dari luar..

Meh datang Quebec time winter, cam kat tempat kerja, cam pertandingan wap berkepul orang heat kereta 15 minit sebelum habis kerja..
Quote airfilterkotor 10-4-2023 09:00 PM
Sejenis manusia bila parkir tak tarik hand brake.
Kalau ada budak kecik belakang van...?
Quote Jitu 10-4-2023 11:55 PM
airfilterkotor replied at 10-4-2023 09:00 PM
Sejenis manusia bila parkir tak tarik hand brake.
Kalau ada budak kecik belakang van...?

mungkin hand brake rosak
tu yg tahan guna gear
dtg2 bini terus start
tu la org pompuan memiliki perlakuan yg sangat unik dan sukar utk diduga
Quote kotakbaju 11-4-2023 12:26 AM
Jitu replied at 10-4-2023 11:55 PM
mungkin hand brake rosak
tu yg tahan guna gear
dtg2 bini terus start

Amboi2. Baru tau ke
Quote stroberi_80 11-4-2023 01:05 AM
Bdoh piang ... haishhhh ...
Quote Weller 11-4-2023 05:27 AM
ingat keta canggih auto start guna keyless dari luar....


ropanya manual pusing dari luar pintu saja....


hehehehe
Quote Jitu 11-4-2023 07:37 AM

      

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.203788 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top