CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Pengsan Jatuh Motor, Lelaki Tergamak Biar Anak Bini Meninggal Di Ladang Tebu

10-4-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1888| Komen: 13

Seorang lelaki tergamak membuang isteri dan anak mereka mereka di ladang tebu di Kediri, Jawa Timur, baru-baru ini.

Kompas melaporkan, identiti mayat kedua-dua mangsa dikenal pasti, merungkai siasatan kes penemuan mayat itu yang terarah kepada suami wanita berkenaan.



ORANG ramai membantu petugas dalam membawa keluar mayat dua beranak itu. FOTO Agensi

Difahamkan, ketika kejadian mangsa meminta dihantar suaminya untuk menemui seseorang sebelum berlaku pertengkaran.

Kesal dengan pertengkaran itu, suspek dipercayai memecut motosikal membuatkan mangsa terkejut dan cuba memegang badan suaminya, namun telefon bimbit dipegangnya terjatuh.

Mangsa yang tidak memakai topi keledar kemudian terjatuh hingga pengsan dan suspek berhenti untuk mengangkat isterinya naik ke atas motosikal.

Suspek kemudian meneruskan perjalanan walaupun isterinya beberapa kali terjatuh dari motosikal.


Menyedari keadaan isterinya yang semakin tidak berdaya, suspek membuang wanita itu di ladang tebu di Dusun Pluncing, sebelum pergi begitu saja.

Mayat mangsa ditemukan pencari rumput pada Rabu dalam keadaan tidak bernyawa dengan mayat bayi di sebelahnya.

Mangsa dipercayai sempat melahirkan bayi di ladang tebu itu iaitu tempat dia ditinggalkan.

Susulan kejadian, polis menahan suspek dan dia akan didakwa mengikut Penghapusan Kekerasan dalam Rumah Tangga (PKDRT) serta boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun penjara jika sabit kesalahan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote d_anne04 10-4-2023 01:09 PM
kejamnya
Quote nurul_akmar 10-4-2023 03:49 PM
ni mmg tahap kejam ni
Quote Kurex 10-4-2023 03:52 PM
Semoga arwahnya akan jadi sundelbolong & bunuh laki lahanatnya
Quote naina 10-4-2023 03:52 PM
Jahatnya..takda hati perut ya. Nak senang sendiri. Ni lah jantan tak pernah sekolah dan terdidik elok. Langsung takda common sense. Jahatttt
Quote NekNgah 11-4-2023 10:32 AM
Astaghfirullahalazim.. kejamnya. Isteri mengandung jatuh motor berkali-kali.

Quote Lolalala 11-4-2023 10:41 AM
Weiiii kesialan apa ni???? Jatuh motor berkali² lepas tu tinggal je bini tu sampai beranak sorg². Syahid bini ko tu tau
Quote TabletSusu 11-4-2023 01:11 PM
Setan punya jantan. xde hati perut langsung.
Quote acik79 11-4-2023 02:41 PM
Indon ni pelik2 perangai …
Quote jlo 11-4-2023 02:46 PM
jantan setannnnnnnnnnn
Quote sangbara2020 11-4-2023 03:07 PM
mak aii...xde duit ke nk bw g spita?
Quote sue_liah 11-4-2023 03:07 PM
kejam & syaitan betul perangai, stress aku baca cerita gini



Quote doridori_hi 11-4-2023 03:45 PM
Dia layan bini dia cam lap kaki je, sialan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.360908 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top