CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suka Menderma Sampai Pengusaha Produk Kecantikan Tersilap Pindah Wang RM29,469

10-4-2023 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 471| Komen: 4

Seorang pengusaha produk kecantikan dari Makassar, Indonesia membuat pendedahan pernah tersilap memindah wang berjumlah 100 juta rupiah (RM29,469) kepada pengikutnya di media sosial.

Suara.com melaporkan, Mira Hayati sebelum ini mendapat perhatian ramai kerana mempamerkan beg tangan emas berharga 553 juta rupiah (RM162,965).



Kosmo - TikTok

Walaupun mempunyai kekayaannya melimpah ruah, Mira tetap berusaha keras untuk mempromosikan produknya menerusi kaedah penstriman live di aplikasi media sosial.

Mira mengaku dia selalu menderma kepada sesiapa sahaja dan pernah tersilap memindahkan transaksi wang bernilai 100 juta rupiah (RM29,469) kepada pengikutnya di media sosial.

“Saya sering memberikan wang 100,000 rupiah (RM30), tetapi pernah tersalah pindahkan 100 juta rupiah (RM29,469) sampai terkejut. Itu rezeki dia (penerima), namun saya jadi trauma. Lebih baik berikan wang tunai daripada memindahkan wang,” katanya.




Menurut Mira, dia selalunya akan membawa wang tunai antara 30 juta rupiah (RM8,840) hingga 50 juta rupiah (RM14,734) untuk dibahagikan kepada orang susah pada setiap hari. 

“Apabila saya berkongsi, saya berasa gembira. Saya berdoa supaya (wang) menjadi banyak dan dapat kongsi dengan semua orang. Saya bertuah kerana Allah memberi saya terlalu banyak, mungkin saya boleh berkongsi rezeki ini, tetapi dengan cara saya sendiri,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 10-4-2023 01:10 PM
Edited by eyansss at 10-4-2023 01:12 PM

alahai marketing bangang…  pastu tt ni dah datang meroyan sewel balik ke tepek isu indon tak berkenaan kat benang isu semasa ni...
Quote prettyuglybabe 10-4-2023 01:16 PM
eyansss replied at 10-4-2023 01:10 PM
alahai marketing bangang…  pastu tt ni dah datang meroyan sewel balik ke tepek isu indon tak berken ...

ish.. itukan reputs cari..
mereka di dalam kelas tersendiri
Quote eyansss 10-4-2023 01:21 PM
prettyuglybabe replied at 10-4-2023 01:16 PM
ish.. itukan reputs cari..
mereka di dalam kelas tersendiri

tersendiri sangat...  hahaha...  meroyan bukak viral indon ntahapehapentah kat benang semasa...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.237090 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top