CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Jalankan Latihan Simulasi Serangan Ke Atas Taiwan

10-4-2023 11:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 551| Komen: 3|Original author: Tatod

Jet pejuang dan kapal perang China melakukan simulasi serangan ke atas Taiwan semalam, apabila mengepung pulau itu pada hari kedua latihan ketenteraannya yang dilancarkan sebagai tindak balas kepada pertemuan presiden Taiwan dengan Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS).


Latihan itu mencetuskan kecaman daripada Taipei dan menggesa sekatan dibuat oleh Washington yang sebelum ini mengatakan ia 'memantau tindakan Beijing dengan teliti'.

Dinamakan 'Joint Sword', operasi selama tiga hari itu termasuk latihan mengepung Taiwan berlangsung hingga hari ini, kata Komando Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).


"Saya agak bimbang, saya berbohong kepada anda jika saya katakan saya tidak (bimbang)," kata Donald Ho, 73, yang ditemui ketika sedang beriadah di sebuah taman di Taipei.

"Saya masih bimbang kerana jika perang meletus, kedua-dua pihak akan menderita dengan agak teruk," katanya kepada AFP.


'Permainan' perang China membabitkan penghantaran pesawat, kapal dan anggota ke kawasan maritim dan ruang udara di sekitar keempat-empat bahagian Taiwan, kata tentera ketika melancarkan latihan yang direka bentuk sebagai persediaan awal tentera Beijing.

Laporan daripada stesen penyiaran kerajaan, CCTV semalam, berkata latihan itu 'mensimulasi serangan ketepatan bersama terhadap sasaran utama di pulau Taiwan dan perairan sekitarnya', selain pasukan terus mengekalkan keadaan mengepung pulau itu secara dekat.

Laporan itu menyatakan, tentera udara turut mengerahkan puluhan pesawat untuk terbang ke ruang udara sasaran dan tentera darat menjalankan latihan untuk serangan ketepatan pelbagai sasaran.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen segera mengecam latihan itu yang diadakan selepas beliau bertemu Speaker Dewan Rakyat AS, Kevin McCarthy di luar Los Angeles, minggu lalu dalam perjalanan pulang daripada lawatan bersama dua negara bersekutu di Amerika Tengah.

Beliau berjanji untuk bekerjasama dengan AS dan negara lain yang berpemikiran sama dalam menghadapi perluasan autoritarian yang berterusan.

Di Washington, seorang jurucakap Jabatan Negara, berkata AS secara konsisten menggesa untuk bertahan dan tiada perubahan kepada status quo, manakala Pentagon berkata, ia juga memantau 'peristiwa dengan teliti'. 


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 10-4-2023 11:55 AM
kenapa tak US?
Quote intan244 11-4-2023 11:00 AM
tolong la jgn ww3 zaman kehidupan aku kat bumi ni.
Quote shamsadis 11-4-2023 11:41 AM
China mana berani serang dia acah2 je tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.146030 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top