CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DBKL Sita Kerusi, Meja Di Lot Parkir

10-4-2023 11:47 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1436| Komen: 22|Original author: Tatod

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita kerusi dan meja sebuah premis yang diletakkan di lot parkir di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur, semalam.

Sitaan dilakukan susulan video tular menunjukkan seorang lelaki warga asing bersama warga tempatan berselisih faham berhubung perkara itu.


Pengarah Penguatkuasa DBKL, Osman Ismail berkata, tindakan segera diambil selepas siasatan aduan di lokasi berkenaan mengenai halangan kerusi dan meja di lot parkir.


"Hasil semakan di premis terbabit mendapati terdapat kerusi dan meja di lot petak parkir di hadapan premis berkenaan tanpa kebenaran.

"Pasukan penguatkuasa mengambil tindakan dengan menyita kerusi dan meja milik premis berkenaan, "katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tindakan diambil mengikut Seksyen 46 (1) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974.

"Berhubung lesen premis terbabit, pemeriksaan mendapati ia dimiliki sebuah syarikat yang berdaftar.


"Kita juga akan menyemak lesen berkenaan dengan Jabatan Pelesenan DBKL untuk tindakan lanjut, "katanya.

Terdahulu, seorang lelaki memuat naik dua video pendek di Youtube memaparkan seorang warga asing dipercayai pemilik premis memarahi lelaki terbabit kerana meletakkan kenderaan di lot parkir itu.

Berlaku pertelagahan apabila lelaki itu mendakwa ia adalah parkir awam sebelum warga asing itu bertindak membaling kerusi ke keretanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 10-4-2023 11:49 AM
Melampau betul ...patut sita sekali kedai dia
Quote toynme 10-4-2023 11:51 AM
kedai cina bnyk je mkn space
Quote eragon 10-4-2023 11:57 AM
sebuah premis. rasanya banyak premis kat KL macm ni. bukan sebuah ni je.
Quote sonic-bertaik 10-4-2023 11:59 AM
Minggu depan letak lagi..
Quote ifanonline 10-4-2023 11:59 AM
baru nak ambik tindakan...DBKL ni kuat makan rasuah
Quote afie_m 10-4-2023 12:05 PM
emmmmmmmm, kejap ja tu
Quote prettyuglybabe 10-4-2023 01:06 PM
dbkl.. viral baru turun..
tak viral, tunggu ada yang mampus kena langgar dek kereta terbabas..
selain dari situasi dua atas ni, sapu duit bawah meja..
Quote ctaz 10-4-2023 01:13 PM
SATU KEDAI JER KE....
GEMPAK BAK HANG
Quote mejaputih 10-4-2023 01:16 PM
majlis tak buat kerja pun...hmpehhh
Quote Kancilkering 10-4-2023 01:58 PM
gangster kawasan jaga….ada berani dbkl….
Quote tripleid 10-4-2023 02:31 PM
Restoren Pukistan la tuu..bsepah kat jln ipoh..dah jadi mcm mini Lahore dah area tu penuh dgn paki2 kepam
Quote rogayahtop 11-4-2023 09:16 AM
lubuk duit utk hantar makbapak pegi umrah
Quote damsel_fiji 11-4-2023 09:29 AM
semua nk tunggu aduan..lembapppp
Quote bulalof 11-4-2023 09:29 AM
MBPJ pun tidur jeee..
Quote matseh 11-4-2023 09:55 AM
Kesian DBKL. Ada brp banyak kedai makan buat mcm tu kat KL ni. Cara yg efektif ialah naik jumlah kompaun dan hold bila nak renew lesen perniagaan selama 2 tahun. Naikkan kompaun kpd RM30k.
Quote sangbara2020 11-4-2023 10:01 AM
alang2 nk cari duit..naikkan saman...
Quote syamzana 11-4-2023 10:07 AM
bkn sel/kl je camni, merata tempat almost setiap negeri ada kot peel hanat gini, yg berkaitan buat2 tak nampak or mmg prosedure kene ada report baru kerja jalan??
Quote shamsadis 11-4-2023 10:09 AM
esok lusa dia letak balik masalahnya hukuman kecik je
Quote Tinot7 11-4-2023 10:13 AM
Tak pernah pi sana.. apa deme juai?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.099179 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top