CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Turun Lori, Empat Kereta Mewah Musnah Terbakar

10-4-2023 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 319| Komen: 1

Baru diturunkan dari lori pengangkut kenderaan, empat kereta mewah musnah terbakar dalam kejadian di sebuah galeri kenderaan berhampiran Taman Eco Ara Damansara, tengah malam tadi.

BH Online melaporkan, sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan pada jam 12.30 tengah malam.



Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran membabitkan empat kereta mewah di Ara Damansara, tengah malam tadi. - Foto NSTP/Ihsan Bomba

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat mengesahkan anggota yang tiba di lokasi mendapati BMW X5 baharu, dua BMW 5 Series terpakai dan sebuah BMW 7 Series terpakai terbakar ketika diturunkan dari lori pengangkut.

"Kebakaran menyebabkan dua daripada kenderaan itu musnah 70 peratus, manakala dua lagi kenderaan musnah 100 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Anggota mengambil masa hampir setengah jam untuk memadam kebakaran sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.10 pagi.

Punca kebakaran dan angka kerugian masih dalam siasatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.103942 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top