CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Stres Hilang Kerja Pecahkan Cermin Kereta Jiran Sebab Selalu Buat Bising

10-4-2023 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1219| Komen: 14

Lelaki tertekan akibat hilang pekerjaan, memecahkan cermin kereta jirannya yang didakwa sering membuat bising.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan, dalam kejadian jam 5 petang di Taman Puchong Perdana, Puchong pada Khamis lepas, kesemua cermin kereta mangsa dipecahkan.



Facebook/NurJannah Sabaruddin

"Selepas kejadian, lelaki itu berjaya ditahan dan polis merampas sebatang kayu yang digunakan suspek ketika kejadian.

"Hasil siasatan mendapati punca kejadian ini berlaku disebabkan lelaki itu mengalami tekanan jiwa selepas hilang pekerjaan dan melepaskan geram kerana rumah pengadu selalu membuat bising.

"Suspek tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, lelaki itu telah dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Jenayah, Shah Alam.




"Suspek mengaku salah terhadap pertuduhan dan hukuman denda mahkamah sebanyak RM3,300.

"Suspek gagal membayar denda mahkamah dan sedang ditahan di Penjara Kajang bagi menjalankan hukuman penjara selama enam bulan," ujarnya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 10-4-2023 11:03 AM
ingat Axia merah tadi
Quote fly_in_d_sky 10-4-2023 11:23 AM
hilang kerja .. pergi rosakkan kereta orang
tak pasa hilang wang RM 3300
dengan duit tu boleh guna sementara tengah cari kerja baru
tapi ada orang nak ambil ke if ada rekod jenayah ...?
Quote matbad 10-4-2023 12:07 PM
fly_in_d_sky: hilang kerja .. pergi rosakkan ...

kan dah tulis tu dia tak mampu bayar dan sdg jalan hukuman penjara 6bulan..tolak cuti bagai nanti jadila dlm 3bulan mcm tu
Quote AnBulisia 10-4-2023 12:27 PM
sekurang kurangnya 3 bulan tak yah pikir pasal makan
Quote SalenaGomez 10-4-2023 12:32 PM
matbad replied at 10-4-2023 12:07 PM
kan dah tulis tu dia tak mampu bayar dan sdg jalan hukuman penjara 6bulan..tolak cuti bagai nanti j ...

So nya siapa yang tanggung kos kereta rosak tu?
Quote prettyuglybabe 10-4-2023 01:20 PM
SalenaGomez replied at 10-4-2023 12:32 PM
So nya siapa yang tanggung kos kereta rosak tu?

kalau takde sapa nak bayar, guna la insurance sendiri..
kalau ada duit fail saman ke pelaku tuntut gantirugi..
Quote SalenaGomez 10-4-2023 02:36 PM
prettyuglybabe replied at 10-4-2023 01:20 PM
kalau takde sapa nak bayar, guna la insurance sendiri..
kalau ada duit fail saman ke pelaku tuntut ...


Kena check policy atau insurance company. Mcm x cover riot atau perbuatan khianat
Quote doubleharmonic 11-4-2023 05:46 AM
bust your windows sangatttt

[youtube]yqaO_m-3bQ8[/youtube]

Quote Samerosie 11-4-2023 06:54 AM
Okt yenna ye, mangsa pun mesti yenna siapa tahan mesti pasang radio keta sekuat alam.  If not takan dia attack kereta kalau bising kat ruumah mesti dia serang rumah kan.  
Quote clarizsa 11-4-2023 06:59 AM
Oh sesama K ke
Padanlaa , mmg jnis melalak bising pun kebanyakannya
Tengokla smpai sesama sndri pun tak tahan kebisingan tu
Tapi bila tegur marah , yg x suka bising tu disuruh pi dok kt hutan
Palatahik dia
Quote netto_ 11-4-2023 07:16 AM
Adakah ni cara nk mkn pree 6 bln
Quote rogayahtop 11-4-2023 08:52 AM
ya allah kesiannya stressed pasal jiran bising ni. apartment lama akak ada owner melayu sewakan dkt family non mcm ni habis jiran2 kena mengadap bunyi bising melampau2. kalau sesama kaum pun boleh jadi mcm ni bayangkan la bila kaum lain yg hadap, mmg kurang hajar mulut yg pompuan pulak tu yg lagi melebih2. akak tgk kes2 lain pun sama je perangai.

akak mmg doakan owner melayu tu mendapat balasan sewajarnya. punyalah ramai jiran yg inform mintak tolong selesaikan isu bising ni dia bg alasan demi alasan je padahal punyalah ramai org mencari apartment kat situ.

Quote limesherbet 11-4-2023 09:19 AM
Edited by limesherbet at 11-4-2023 10:42 AM

Kalau rumah sis, report je to management...nanti kena penalty lah jiran tu. & call guardhouse bagitau rumah tu bising..nanti dia pergi lah check, bagitau jiran complain bising. Tak payah la susahkan diri tegur jiran...nanti bergaduh. But so far i x perlu pun buat camni...sbb tak bising..setakat bising anak² jiran main luar belah petang, jiran main mercun masa festive season, jiran start engine supercar dia nak report buat ape

Kita nak harmony dgn jiran kay, baru hidup bahagia harmony dgn semua org.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.085335 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top