CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Mengeluh Butang Baju Melayu Cecah RM60, Songkok RM100!

10-4-2023 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2445| Komen: 65

Luahan Pembaca dipetik di Kosmo

SAUDARA PENGARANG,

Sudah melepasi 15 hari puasa di bulan Ramadan, pasti sahaja orang ramai ketika ini sudah sibuk dan berkira-kira untuk mencari barang dan persediaan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.


Baju Melayu, baju kurung serta kelengkapan lain seperti songkok, samping serta kain tudung akan menjadi pilihan utama bagi umat Islam yang tidak sabar-sabar menyambut hari kemenangan itu.

Pusat bandar raya Kuala Lumpur seperti biasa akan menjadi destinasi tidak kira bagi warga kota sendiri mahupun bagi penduduk negeri lain sebagai tumpuan membeli-belah hari raya.

Gambar Hiasan

Namun, dalam keseronokan dan kesibukan kita mencari barang persediaan hari raya, nampaknya ada golongan yang mencari untung lebih kali ini.

Saya terkejut apabila melihat harga untuk butang baju Melayu kini boleh mencecah RM60 hanya kerana ada permata sebagai hiasannya, ini cukup tidak masuk akal.


Bukan itu sahaja, harga songkok sebelum ini kita boleh dapat dengan harga RM50 paling mahal, namun kali ini songkok baldu ketika ini boleh mencecah RM100.

Dalam kita berniaga, walaupun mengejar keuntungan tetapi janganlah kita terlampau bebas untuk meletak harga sesuka hati.

Bagi pembeli pula nasihat saya jangan terlalu ikutkan hati dan nafsu kita sebagai pembeli, buat pilihan bijak kerana paling penting adalah penerimaan Pencipta terhadap ibadah kita dalam bulan yang mulia ini.

WAQORRI MD. NOR
Lembah Pantai

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 10-4-2023 10:39 AM
Siapa suh beli yang mahal2..
Butang je pun
Melambak butang baju melayu yang mur-mur.
Songkok pun . Hurmm
Quote Simunggu 10-4-2023 10:45 AM
banyak yg murah kenapa beli yg mahal?
Quote shida81 10-4-2023 10:56 AM
Ak beli kt MM.. MU... hari hari....
Jadah nk beli mhl2...
Quote KamikuP 10-4-2023 11:07 AM
Butang baju kat Mydin byk mur mur khuenzz
Quote TabletSusu 10-4-2023 11:14 AM
selama ni mmg xde butang baju n songkok ke? atau mmg kena beli tiap kali beli baju melayu?
Quote Samerosie 10-4-2023 03:02 PM
Manade ramai mengeluh, yg sorang ni je mamat WAQORRI MD. NOR.  kau dah kenapa nak beli songkok sampai RM100 tu dah kenapa, kan ada je selection lain yg murah.  Sama le dgn butang baju melayu.  Iols beli one time kat Omar Ali masa nikah sampai sekarang pakai tak tukar2.
Quote ctaz 10-4-2023 03:07 PM
tiap2 tahun raya memang kena beli butang baju melayu dgn songkok ke...
apake bangang nyer....
Quote nikaido 10-4-2023 03:12 PM
Songkok baldu memang mahal sikit tp dulu pun xsampai rm50 je (beli dkt jalan TAR).
Quote sue_liah 10-4-2023 03:30 PM
sesetengah2 org ni memang suka raya beria2 ek

Quote SWORKS27 10-4-2023 03:34 PM
sap bal betul...benda murah ada gigih cari mahal lps tu acah2 mengeluh..lempang kepala kang baru taw
Quote AbukRokok 10-4-2023 04:03 PM
Keyahudian merayu
Meyumbang populariti budaya pukistan dan bangela
Quote hyie 10-4-2023 04:07 PM
kat mydin mur mur je nyah. Pakai sekali sekala je kan. Teringat kawan iols anak orka klate, butang baju heshe satu RM80. Rasa wow gitu masa tu heshe anak tokey emas so kisah pulak kan takat harga gitu
Quote Orix 10-4-2023 04:09 PM
mydin kan hadooo
Quote cmf_premierleag 10-4-2023 04:37 PM
Bodohnya penulis ni
Takkan ko x reti cari yg rege murah2?
Ko bodoh ke hapa hah?? Benak sgt ke stp tahun ko nk beli songkok
Quote jfq 10-4-2023 04:43 PM
Edited by jfq at 10-4-2023 04:44 PM

Chop
Butang baju melayu, songkok sampin bagai ni mmg tiap kali raya mmg kena beli ke
Padahal aksesori tu smua tah2 pakai setahun sekali aje
Quote totokreturn. 10-4-2023 04:56 PM
https://shopee.com.my/Super-Mall ... thes-Button-for-Men

RM3.90 je kat sopee
Quote harisbee 10-4-2023 05:28 PM
Madaninya rega..setaraf dgn kerajaan madani yg katanya nak turunkan kos rakyat..
Quote Decaffeinated 10-4-2023 05:32 PM
Habis raya suruh ja dia telan butang tu. Bodoh tak boleh bincang.


Quote Carcosa 10-4-2023 05:37 PM
Tak. Yg komplen2 ni, tiap2 kali Raya, mmg kena beli semua baru ke? Yg lama2 semua kemana?? Ke mmg kena ikut Mazhab T20? Kalau dah tiap2 kali raya kena beli semua baru, mesti segunung lah butang2 baju dan songkok korang dlm store tu. Ke korang beli yg pakai buang? Ada ke? Laki aku punya butang baju, 2 set je. Songkok tu lah satu.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.131152 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top