CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Bernasib Baik Kedai Dobi Meletup Beberapa Saat Lepas Keluar Premis

10-4-2023 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 295| Komen: 1

Seorang pelanggan dobi di Sepanyol panjang nyawa apabila sempat keluar sebelum premis berkenaan meletup, baru-baru ini.

Portal NDTV melaporkan, berdasarkan rakaman video tular, insiden berlaku beberapa saat selepas lelaki terbabit meninggalkan kedai dobi berkenaan.


Video tidak bertarikh itu, dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam bangunan itu kemudian tersebar di Twitter hingga meraih lebih daripada tiga juta tontonan.


TANGKAP layar daripada video menunjukkan lelaki itu meninggalkan premis itu dan beberapa saat selepas itu letupan berlaku.

Rakaman itu mengejutkan pengguna media sosial, dengan rata-ratanya menganggap lelaki itu amat bertuah kerana meninggalkan tempat itu tepat pada masanya.

Berdasarkan klip video itu, lelaki terbabit keluar dari kedai dobi dengan membawa beg berisi baju cucian ketika mesin basuh masih berputar.


Beberapa saat kemudian, pintu salah satu mesin basuh terbuka, beberapa pakaian terjatuh diikuti letupan.

Menurut laman web tempatan, kejadian itu berlaku pada jam 7.30 malam dan didengari ramai penduduk di kawasan itu.

Panik dengan kejadian itu, penduduk segera menghubungi kecemasan 112.

Laporan media tempatan mendakwa salah seorang pengguna meninggalkan pengecas untuk pemetik api di dalam pakaian yang menyebabkan letupan.

Susulan kejadian, bomba merobohkan dinding premis kerana risiko keselamatan dan mencadangkan membina semula keseluruhan struktur itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.056428 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top