Bakal bergelar seorang bapa tidak lama lagi, aktor Remy Ishak memberitahu dia sudah menyediakan senarai nama buat bayi yang bakal dilahirkan nanti. Kata Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 40, dia sudah mengumpul nama untuk anaknya sebelum berkahwin dengan isteri, Ezza Yusof.
“Saya ada berbincang dengan isteri mengenai nama-nama yang saya suka. Dia jenis ‘sempoi’ jadi tak ada masalah. “Sejak dulu saya memang suka cipta gabungan nama yang saya suka tapi bukan merujuk pada individu tertentu,” katanya kepada mStar. Remy berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Majlis Astro Raya Screening 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini. Dalam pada itu, Remy berkata, dia juga tidak kisah jantina anak yang bakal dilahirkan sebaliknya bersyukur diberi rezeki menimang cahaya mata pada usia 40 tahun.
Remy turut memaklumkan kandungan isterinya juga dalam keadaan baik selain tidak mengalami alahan seperti kebanyakan wanita hamil lain.
|
Diamondmoney replied at 9-4-2023 05:27 PM
Teringt remy masa mco duduk seorang diri. Kesian dia. Skrg Allah beri rezeki isteri dan ank. Alhamdu ...
ADVERTISEMENT