“Saya sebenarnya tak kisah tentang jantina anak, apa Allah beri itu saya bersyukur.
“Alhamdulillah isteri dalam keadaan baik dan tidak mengalami alahan cuma dia jadi sensitif sikit,” ujarnya.
Berkongsi keterujaan bakal bergelar bapa, Remy seakan-akan tidak percaya dan perasaannya bercampur baur.
Ini kerana dia bimbang dengan didikan yang akan diberikan kepada anaknya nanti apatah lagi dengan pelbagai cabaran dunia hari ini.
“Zaman sudah berbeza dan itu antara membuatkan saya risau dalam hendak mendidik seorang anak.
“Memang mencabar sebab takut tersilap mendidik tapi doakan yang baik-baik untuk saya dan isteri,” ujarnya.
Untuk rekod, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Sumber: mStar