CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syazwan Zulkifly Masih Berkawan Dengan Bekas Tunang

9-4-2023 12:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1760| Komen: 8|Original author: Tatod

Biarpun sudah putus selama dua tahun, pelakon Syazwan Zulkifly, 36,  mengakui hubungannya dengan bekas tunang yang juga pramugari, Syawariah  Zulkifli, 36, masih baik sampai hari ini. 


Menurut pelakon Drama Tujuh Hari Mencintaiku dan Pujaan Hati Kanda itu, dia bukan sahaja rapat dengan Syawariah atau Sya, malah, keluarganya juga.


"Hubungan kami rapat sebagai kawan. Saya juga sudah menganggap arwah ibunya seperti ibu sendiri.

"Malah, saya juga membantu menguruskan jenazah ibu Sya yang meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum ini," katanya kepada Harian Metro.

Ketika di temui pada majlis Viu Together Gather di sebuah hotel, Jalan Bukit Bintang di sini, malam tadi, Syazwan juga memberitahu dia merancang untuk membawa bekas tunangnya itu untuk menyambut raya bersama dengan keluarganya di kampung.

"Saya akan menyambut raya bersama keluarga di Melaka dan Pahang selama tiga hari.


"Sya juga beritahu dia mahu beraya dengan keluarga saya kerana kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia dan tiada sesiapa di kampung.

"Adik beradiknya yang lain pula sudah berumahtangga dan mereka beraya dengan keluarga serta mentua masing-masing," katanya.


Ditanya sama ada dia merancang untuk kembali bersama bekas tunangnya itu, Syazwan berkata, buat masa ini, dia selesa untuk mereka berkawan sahaja dulu.

"Walaupun sudah putus, kami masih berkawan baik dan tidak bergaduh pun.

"Bila saya terbabit dengan penggambaran, Sya yang akan membantu menjaga kucing kami di rumah bila dia tidak bertugas dengan syarikat penerbangan.

"Kucing ini kami jaga bersama kerana kami juga berkongsi duit ketika membelinya dulu," katanya.

Mengenai soal kahwin pula, kata Syazwan, dia belum terfikir ke arah itu lagi dan hanya fokus kepada kerjaya seninya sahaja.

"Saya masih solo dan belum temui pengganti selepas putus tunang dulu.

"Jika ada jodoh saya dengan Sya adalah. Tapi jika Sya sudah bertemu dengan orang lain nanti, saya tidak akan menghalangnya," katanya.

 Syazwan dan Sya mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019 di kediaman keluarga Sya di Taiping, Perak, selepas 10 tahun berkawan rapat.

Namun, mereka sepakat memutuskan tali pertunangan pada 31 Mac 2020. 


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 10-4-2023 08:56 AM
kaka tak prnh tau ko prnh brtunang dik..
mebi kaka ketinggal bullet train psal ko ni.
Quote marchikobonzo 10-4-2023 11:11 AM
Get back together je la kalau dah macam tu cerita korang..memasing ada feeling lagi, just takut terluka lagi sekali je..ahhgittewwww
Quote adm7 10-4-2023 11:15 AM
Aduuhhh kembali bersama jela senang cerita. Belajar dr kesilapan.
Quote dudaberhias 10-4-2023 02:51 PM
choiii tak nak tahu pun... sebab tak herlok...

Quote LadyCarefree 10-4-2023 03:07 PM
Siapa ni?
Quote sleepandream 10-4-2023 08:06 PM
bekas tunang heols cabin crew yach?
Quote orangbiasaje 10-4-2023 09:09 PM
Korg nk follow remy eh...ex-tunang, bestpren,kemudian kawen...sila2...sis doakan...
Quote Carcosa 11-4-2023 01:35 AM
Nmpk sgt perempuan tu masih ada feeling. Rajin nau buat itu ini utk jantan.
Oklah tu, couple ni bukannya helok pun. Muka below par, dua2. Don't worry, takde sapa nak sondol.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053797 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top