View: 1692|Reply: 8
|
Syazwan Zulkifly Masih Berkawan Dengan Bekas Tunang
[Copy link]
|
|
Biarpun sudah putus selama dua tahun, pelakon Syazwan Zulkifly, 36, mengakui hubungannya dengan bekas tunang yang juga pramugari, Syawariah Zulkifli, 36, masih baik sampai hari ini.
Menurut pelakon Drama Tujuh Hari Mencintaiku dan Pujaan Hati Kanda itu, dia bukan sahaja rapat dengan Syawariah atau Sya, malah, keluarganya juga.
"Hubungan kami rapat sebagai kawan. Saya juga sudah menganggap arwah ibunya seperti ibu sendiri.
"Malah, saya juga membantu menguruskan jenazah ibu Sya yang meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum ini," katanya kepada Harian Metro.
Ketika di temui pada majlis Viu Together Gather di sebuah hotel, Jalan Bukit Bintang di sini, malam tadi, Syazwan juga memberitahu dia merancang untuk membawa bekas tunangnya itu untuk menyambut raya bersama dengan keluarganya di kampung.
"Saya akan menyambut raya bersama keluarga di Melaka dan Pahang selama tiga hari.
"Sya juga beritahu dia mahu beraya dengan keluarga saya kerana kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia dan tiada sesiapa di kampung.
"Adik beradiknya yang lain pula sudah berumahtangga dan mereka beraya dengan keluarga serta mentua masing-masing," katanya.
Ditanya sama ada dia merancang untuk kembali bersama bekas tunangnya itu, Syazwan berkata, buat masa ini, dia selesa untuk mereka berkawan sahaja dulu.
"Walaupun sudah putus, kami masih berkawan baik dan tidak bergaduh pun.
"Bila saya terbabit dengan penggambaran, Sya yang akan membantu menjaga kucing kami di rumah bila dia tidak bertugas dengan syarikat penerbangan.
"Kucing ini kami jaga bersama kerana kami juga berkongsi duit ketika membelinya dulu," katanya.
Mengenai soal kahwin pula, kata Syazwan, dia belum terfikir ke arah itu lagi dan hanya fokus kepada kerjaya seninya sahaja.
"Saya masih solo dan belum temui pengganti selepas putus tunang dulu.
"Jika ada jodoh saya dengan Sya adalah. Tapi jika Sya sudah bertemu dengan orang lain nanti, saya tidak akan menghalangnya," katanya.
Syazwan dan Sya mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019 di kediaman keluarga Sya di Taiping, Perak, selepas 10 tahun berkawan rapat.
Namun, mereka sepakat memutuskan tali pertunangan pada 31 Mac 2020.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
kaka tak prnh tau ko prnh brtunang dik..
mebi kaka ketinggal bullet train psal ko ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Get back together je la kalau dah macam tu cerita korang..memasing ada feeling lagi, just takut terluka lagi sekali je..ahhgittewwww |
|
|
|
|
|
|
|
Aduuhhh kembali bersama jela senang cerita. Belajar dr kesilapan. |
|
|
|
|
|
|
|
choiii tak nak tahu pun... sebab tak herlok...
|
|
|
|
|
|
|
|
bekas tunang heols cabin crew yach? |
|
|
|
|
|
|
|
Korg nk follow remy eh...ex-tunang, bestpren,kemudian kawen...sila2...sis doakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk sgt perempuan tu masih ada feeling. Rajin nau buat itu ini utk jantan.
Oklah tu, couple ni bukannya helok pun. Muka below par, dua2. Don't worry, takde sapa nak sondol. |
|
|
|
|
|
|
| |
|