Oleh : Fyruz Hanna Pastinya jika anda ke Magnum Cafe, anda pasti mengidam untuk makan variasi aiskrim yang banyak dan sedap dan itulah yang dilakukan oleh satu keluarga sebelum memutuskan ianya untuk kali terakhir.
Mengapa? Kerana anaknya menangis dan merengek dengan kuat sehingga ia yang mengganggu suasana. Bapa kepada kanak-kanak terbabit seterusnya memuatnaik status "kecewa" dengan layanan kafe terbabit. Menurut status yang dimuatnaik, lelaki ini mendakwa didatangi oleh staf yang bernama "May" yang meminta untuk menghentikan tangisan anaknya.
"Sebagai seorang pelanggan, saya juga cuba untuk menenteramkan anak saya. Sepanjang saya mengunjungi ke mana-mana tempat makan mahupun di hotel bertaraf 6 bintang, kami tidak penah diperlakukan sebegini," dipetik dari status tersebut. Amukan status lelaki ini akhinya diakhiri dengan ajakan untuk memboikot premis terbabit. Magnum Official membri respon kepada status terbabit dengan mengatakan kes ini telah diangkat kepada pihak atasan bagi sisasatan selanjutnya. Ada yang menyokong tindakan lelaki ini namun tak kurang juga yang mengkritik tindakan lelaki ini yang sepatutnya tidak memuatnaik gambar pekerja dan seharusnya melaporkan kepada saluran yang betul. Apa kata korang? -CARI Infonet. |
puterikhaleeda replied at 7-10-2015 01:01 PM
len kali suh kastemer yg komplen.... acik selalu cam tu.....mmg bising kekadang anak merentan... lag ...
haryatie replied at 7-10-2015 01:07 PM
kalau budak lasak sgt pun
aku pun stress tengok..
mcam mengganggu jerk ketenteraman org lain..
saladin780 replied at 7-10-2015 01:15 PM
ramai yg kekonon ada anak ni..menjadikan anak tu sebagai lesen besar untuk menganggu ketenteraman aw ...
haryatie replied at 7-10-2015 01:07 PM
kalau budak lasak sgt pun
aku pun stress tengok..
mcam mengganggu jerk ketenteraman org lain..
iniaroonz replied at 7-10-2015 01:15 PM
ni opis aku ni dah jadi mcm mini tadika lak..masing2 gigih bawak anak....kalau anak tu berdisplin ...
ADVERTISEMENT