Kecoh di Twitter kes bilik sewa dengan kadar mahal dan tidak masuk akal di sekitar Lembah Klang. Seorang pelayar yang berasa kecewa membuat perkongsian bergambar yang menyaksikan sebuah ruang sempit dipercayai di kediaman jenis bertingkat dijadikan bilik sewa.
“Bilik balkoni ya,” demikian ciapannya disertakan dengan emoji menangis. Jika diteliti gambar yang dikongsi, bilik sewa yang diiklankan itu adalah ruang balkoni yang telah diubah suai menjadi sebuah bilik yang mana pintu gelangsar jenis cermin dipasang dan berfungsi sebagai dinding. Melihat keadaan bilik sewa itu, jelas sekali ia tidak kurang sesuai untuk diduduki kerana faktor saiz, keselamatan, pengudaraan dan sebagainya. Saiz bilik tersebut hanya cukup untuk meletakkan sebuah katil single dan meja kecil, selain terdapat kipas dinding, lampu dan langsir untuk menutup sliding door.
Ruang untuk berjalan juga amat sempit, begitu juga lebihan ruang balkoni di bahagian luar yang menghadap pemandangan bangunan dan pokok menghijau. Iklan ini menarik perhatian ramai sehingga ada yang melihatnya seperti liang lahad, tempat orang sakit dan macam-macam lagi. Ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan pemilik kediaman ini yang tergamak melakukan pengubahsuaian demi mengaut keuntungan berganda melalui ruang kecil yang disewa. Namun bagi penyewa, disebabkan mahu mencari lokasi strategik dan berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam atau pejabat barangkali, mereka tiada pilihan selain akur menyewa di kediaman sempit dan tidak selesa seperti ini. Ramai berpandangan, trend bilik sewa sebegini perlu diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana pemilik sesuka hati mengubah suai rumah tanpa menghiraukan aspek keselamatan. Menurut seorang pengguna Twitter, pemilik yang mengubah suai rumah tanpa kelulusan bertulis daripada PBT boleh dikenakan saman. “Kalau tak silap ada satu department ni, kita boleh buat aduan dan pemilik atau ejen boleh kena saman sebab rumah tak ikut spesifikasi atau ubahsuai ikut suka,” tulisnya. sumber: mStar |
MisXoXo replied at 9-4-2023 11:40 AM
Bersepah org buat.terpk kalaulah kebakaran..mcmanalah nk selamatkan diri kalau sempit berpatition mc ...
ADVERTISEMENT