View: 1768|Reply: 18
|
Balkoni Ala Liang Lahad Disewakan Sebagai Bilik, Sebulan RM600, Bimbang Jadi Trend, PBT Digesa Bertindak
[Copy link]
|
|
Kecoh di Twitter kes bilik sewa dengan kadar mahal dan tidak masuk akal di sekitar Lembah Klang.
Seorang pelayar yang berasa kecewa membuat perkongsian bergambar yang menyaksikan sebuah ruang sempit dipercayai di kediaman jenis bertingkat dijadikan bilik sewa.
“Bilik balkoni ya,” demikian ciapannya disertakan dengan emoji menangis.
Jika diteliti gambar yang dikongsi, bilik sewa yang diiklankan itu adalah ruang balkoni yang telah diubah suai menjadi sebuah bilik yang mana pintu gelangsar jenis cermin dipasang dan berfungsi sebagai dinding.
Melihat keadaan bilik sewa itu, jelas sekali ia tidak kurang sesuai untuk diduduki kerana faktor saiz, keselamatan, pengudaraan dan sebagainya.
Saiz bilik tersebut hanya cukup untuk meletakkan sebuah katil single dan meja kecil, selain terdapat kipas dinding, lampu dan langsir untuk menutup sliding door.
Ruang untuk berjalan juga amat sempit, begitu juga lebihan ruang balkoni di bahagian luar yang menghadap pemandangan bangunan dan pokok menghijau.
Iklan ini menarik perhatian ramai sehingga ada yang melihatnya seperti liang lahad, tempat orang sakit dan macam-macam lagi.
Ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan pemilik kediaman ini yang tergamak melakukan pengubahsuaian demi mengaut keuntungan berganda melalui ruang kecil yang disewa.
Namun bagi penyewa, disebabkan mahu mencari lokasi strategik dan berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam atau pejabat barangkali, mereka tiada pilihan selain akur menyewa di kediaman sempit dan tidak selesa seperti ini.
Ramai berpandangan, trend bilik sewa sebegini perlu diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana pemilik sesuka hati mengubah suai rumah tanpa menghiraukan aspek keselamatan.
Menurut seorang pengguna Twitter, pemilik yang mengubah suai rumah tanpa kelulusan bertulis daripada PBT boleh dikenakan saman.
“Kalau tak silap ada satu department ni, kita boleh buat aduan dan pemilik atau ejen boleh kena saman sebab rumah tak ikut spesifikasi atau ubahsuai ikut suka,” tulisnya.
sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ya tohan. Dah la kecik, harga rm600 plak tu. Gilos. Baik sewa rumah and share dgn kwn2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Bersepah org buat.terpk kalaulah kebakaran..mcmanalah nk selamatkan diri kalau sempit berpatition mcm tu.aduan?? Msia ni ko buatlah aduan mmg ke longkang ajalah masalah ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 9-4-2023 11:40 AM
Bersepah org buat.terpk kalaulah kebakaran..mcmanalah nk selamatkan diri kalau sempit berpatition mc ...
Rasanya kondo ni dkt dgn aeon shah alam…background nampak aeon |
|
|
|
|
|
|
|
apa bestnya sampaikan harga mengalahkan Pj dan bangsar |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya inilah bilik yang sebenarnya Sudin nak cakap dalam Seniman Bujang Lapok. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yang Emira tu ke apa? 600 untuk bilik sekangkang cucu kera? Hell no |
|
|
|
|
|
|
|
kawan iols menyewa bilik kt putrajaya, ruang tamu tu pun ada yg owner bg sewa jd "bilik"
rate 300 ke 600 sebilik . |
|
|
|
|
|
|
|
Harga mahal sanggat,kalo dapat diskaun 50%maybe aq akan mempertimbangkan... oleh gak mmberi kesedaran untuk selalu ingat mati |
|
|
|
|
|
|
|
bilik ni ada ekon ke takde? standard harga 600 gitu untuk bilik kecik biasa ada ekon tapi pakai meter dia sendiri so penyewa kena bayar bil letrik untuk penggunaan ekon tu jah |
|
|
|
|
|
|
|
ahaaa aku pun pernah survey bilik camni dulu
tapi sebab takut panas, terus cancel |
|
|
|
|
|
|
|
Seram plak bilik balkoni.. jenis tido mengigau mcm aku tau2 bangun dah kene soal dlm kubur je.. huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
ni selesa... kalau dlm kubor hanya kau beralaskan tanah je berdindingkan lahad |
|
|
|
|
|
|
|
tambah lagi dlm 100 lebih boleh dpt sewa sebijik flat dah..klu nsb baik flat yg semi furnished lagi..ada tv, peti ais, mesin basuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni la realitinya kat kl. Mn ko nk Cr bilik murah siak. Maybe 600 tu da masuk api air. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jd mcm singapore or japan..adoii |
|
|
|
|
|
|
|
Nilah perangai orang kebulur tak cukup duit …bagi dia duit dia bawak masuk kubur. |
|
|
|
|
|
|
|
Me olllss nak tergelak tapi nmpk selesa ehh ada sea view tak? Buh aircond best kot |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh nak tidur klu bilik kecil mcm ni.. pandai sesak nafas |
|
|
|
|
|
|
| |
|