CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Minta Sambung Belajar Di Mesir Punca Aniq Suhair Hilangkan Diri, Belum Sedia Tinggal Dunia Lakonan

8-4-2023 10:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5147| Komen: 54|Original author: Tatod

Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Aniq Suhair mahu meninggalkan bidang seni kerana ingin memberi tumpuan kepada perkara lain.

Kehilangan Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, sejak tiga bulan lalu juga seolah-olah mengesahkan desas-desus tersebut berhubung keputusannya itu.


Aniq bagaimanapun berkata, kehilangannya itu ada kaitan dengan masalah yang timbul di antara dia dan bapanya yang mahu dia menyambung pengajian di Mesir dalam bidang agama sekali gus melupakan bidang seni.


"Benar sejak tiga bulan lepas saya berehat seketika daripada dunia seni. Antara faktornya adalah kerana ayah mahu saya melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang agama.

"Pada saya, permintaan dibuat ayah memang bagus kerana menimba ilmu itu perkara baik dan dituntut dalam agama Islam tapi saya sudah menapak dalam industri dan kenapa perlu berhenti di saat nama saya sedang disebut-sebut.


"Disebabkan itu, saya mengambil sedikit masa untuk berehat kerana mahu fikir sebaik-baiknya.

"Saya juga berjaya yakinkan ayah yang saya boleh lanjutkan pengajian dan berlakon dalam pada masa sama di Malaysia.

"Alhamdulillah, penerimaan ayah sangat baik malah dia gembira apabila mula melihat kemajuan saya," katanya kepada mStar.


Aniq berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Majlis Astro Raya Screening 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.

Berkongsi tentang perkembangan terkini, Aniq memberitahu dia sedang dalam proses menyesuaikan diri dalam membahagikan pelajaran dan lakonan.

Kata Aniq, dia juga bersyukur kerana ahli keluarganya juga mula menunjukkan sokongan serta sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya agar dia berjaya mencapai cita-citanya.

Tambah Aniq, dia kini mahu memberi sepenuh tumpuan pada lakonan sehingga berada ditahap yang selesa.

"Secara peribadi ketika ini tiada masa untuk me time sebab pada usia sekarang adalah masanya saya pulun semampu boleh untuk kejar impian saya.


Sumber: mStar

"Kalau sudah capai apa diimpikan, ketika itulah baru boleh ada me time. Sekarang adalah masa untuk saya kejar cita-cita termasuk mahu jadi bilionaire!," ujarnya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 8-4-2023 10:49 PM
dengar kisah heols ni iols terbayang yang bapak heols bebajet alim nak paksa2 anak jadi hafiz atau ustaz....muda2 dah di sumbatnya ke dalam tahfiz untuk menempah tiket ke syurga... gittewww iols speku...

takpelah ikut hati je lah mana yang bahagia... belajar pun tak salah sebab karier bidang seni ni tak menjamin masa depan pun...
lagi2 hengko masih berlakon lemah longlai macam hadek2...

tapi kau herlok dik dari derih sabut nyoq yang si nek aida suka hambik... mujur kau gantikan derih haritu dalam drama nek aida yang untung 200k lebih lepas menang saman si pari pari mix kokesen fefeeling cantik n intelligent....


Quote hyie 8-4-2023 11:26 PM
entahlah tapi iols sekarang nampak bidang agama tu lebih penting dan lebih luas rezekinya. Seronok tengok orang bijak ilmu tajwid, ilmu fiqh, etc. Namun jangan lupa ambil tauliah yachh  
Quote heythere123 8-4-2023 11:33 PM
boleh tak nak cakap heols gebang je. Puih la sambung belajar agama tiba2
Quote heythere123 8-4-2023 11:34 PM
ye ye la 3 bulan menyepi, padahal nampak elok je shooting drama dengan arena wan tu
Quote insyi81 8-4-2023 11:47 PM
muda lg eloklah tu teruskn belajar..
Quote slyfynx 8-4-2023 11:48 PM
Wah.
Nnt delete gmbr2 camni ye
Quote matjerk 9-4-2023 06:03 AM
kenapa perlu berhenti di saat nama saya sedang disebut-sebut

Nampaknya aku sorang yg x nyebut2 pun nama dia? Sape dia? Berlakon ceta apa?
Quote anilanil 9-4-2023 06:09 AM
Reporter yg tulis article ni sahih ke further study bidang agama? Ada article lain mentioned amik medic kat mesir. Awek dia pon doktor gak kan? Aniq & amir ahnaf bole berlakon jadi adik- beradik, muka seiras. Dah la sebaya.
Quote 3chanceno 9-4-2023 07:24 AM
Pikir yg mana baik untuk masa depan ko..berlakon boleh buat part time, kerja tetap tu penting..
Quote 3chanceno 9-4-2023 07:25 AM
slyfynx replied at 8-4-2023 11:48 PM
Wah.
Nnt delete gmbr2 camni ye



Quote Kancilkering 9-4-2023 08:17 AM
Edited by Kancilkering at 9-4-2023 08:19 AM

ok je dek non gi belajar agama obersea..ayah tanggung kut…berlapang dada mu yg bidang…ikut cakap ayah….bismillah tawakkaltu alallah
Quote pencintaABC 9-4-2023 09:14 AM
Mohon terus berlakon ya dik. Sebab takkan nak hadap hero umur separuh abad mcm tokdanish rosyam, muka jambang sabut kelapa nanaz & reza rosdi, hero kertu masam mcm shukri yahya & remy ishak. Tutopp tv bak kata diva aa.
Quote Lampuled 9-4-2023 10:30 AM
Elok sambung belajar lagi diusia muda ni. Jgn hanyut dgn dunia glamer yg takde jaminan ni. Pendidikan tu penting. Jgn nanti last2 kena jual product sampah timbangkilo bila dah tak de job.
Nasihat parent tu ada jugak asasnya
Quote hanihan16 9-4-2023 10:38 AM
anilanil replied at 9-4-2023 06:09 AM
Reporter yg tulis article ni sahih ke further study bidang agama? Ada article lain mentioned amik me ...

i pun rasa reporter buat assumption sendiri. asal sambing belajar mesir je ingat bidang agama kot. sangat ramai ye ex students iols yg sambung study mesir ambik medic or dentistry
Quote tobobon 9-4-2023 12:18 PM
pandai2 la pujuk ayah tu dik oii...paling senang follow jer cakap ayah...gerenti harta dalam genggaman

heols ni memang anak orang ada2 kan....franchise subway kat permaisuri tu heols punya kan
Quote BedahBedul 9-4-2023 01:18 PM
Anak dato' ni, iols kenal maknyer, cantik sgt masa zaman muda2 sheols [em:4:]
Quote kakigojes 9-4-2023 02:22 PM
Sedapnye u ni.. tahan je I ni
Quote heythere123 9-4-2023 02:50 PM
anilanil replied at 9-4-2023 06:09 AM
Reporter yg tulis article ni sahih ke further study bidang agama? Ada article lain mentioned amik me ...

macam mana heols nak sambung medic tiba2 padahal heols tengah buat degree bidang lain.

Possible tapi agak time consuming la sebab dah satu hal nak kena revise belajar subjek sains.
Quote heythere123 9-4-2023 02:51 PM
tobobon replied at 9-4-2023 12:18 PM
pandai2 la pujuk ayah tu dik oii...paling senang follow jer cakap ayah...gerenti harta dalam genggam ...

haah, heols ada kedai subway

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054475 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top