"Benar sejak tiga bulan lepas saya berehat seketika daripada dunia seni. Antara faktornya adalah kerana ayah mahu saya melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang agama.
"
ada saya, permintaan dibuat ayah memang bagus kerana menimba ilmu itu perkara baik dan dituntut dalam agama Islam tapi saya sudah menapak dalam industri dan kenapa perlu berhenti di saat nama saya sedang disebut-sebut.
"Disebabkan itu, saya mengambil sedikit masa untuk berehat kerana mahu fikir sebaik-baiknya.
"Saya juga berjaya yakinkan ayah yang saya boleh lanjutkan pengajian dan berlakon dalam pada masa sama di Malaysia.
"Alhamdulillah, penerimaan ayah sangat baik malah dia gembira apabila mula melihat kemajuan saya," katanya kepada mStar.
Aniq berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Majlis Astro Raya Screening 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.
Berkongsi tentang perkembangan terkini, Aniq memberitahu dia sedang dalam proses menyesuaikan diri dalam membahagikan pelajaran dan lakonan.
Kata Aniq, dia juga bersyukur kerana ahli keluarganya juga mula menunjukkan sokongan serta sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya agar dia berjaya mencapai cita-citanya.
Tambah Aniq, dia kini mahu memberi sepenuh tumpuan pada lakonan sehingga berada ditahap yang selesa.
"Secara peribadi ketika ini tiada masa untuk me time sebab pada usia sekarang adalah masanya saya pulun semampu boleh untuk kejar impian saya.
Sumber: mStar
"Kalau sudah capai apa diimpikan, ketika itulah baru boleh ada me time. Sekarang adalah masa untuk saya kejar cita-cita termasuk mahu jadi bilionaire!," ujarnya.